Beberapa kementerian dalam radar, SPRM akan bertindak agresif – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Beberapa kementerian kini berada dalam radar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tanpa mendedahkan kementerian-kementerian itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata kementerian berkenaan dikesan mempunyai isu berkaitan perolehan.

Beliau berkata, isu berkaitan perolehan yang membabitkan ketirisan adalah penting.

“Saya akan lakukan tindakan agresif ini kerana ia adalah tanggungjawab agensi (SPRM) untuk menyelamatkan duit negara.

“Fasa ‘cuci pinggan mangkuk’ SPRM ini kami lakukan sejak 2009 lagi dengan melakukan pembersihan (rasuah),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Timur di Grand Riverview Hotel di Kelantan lapor BH pada Khamis.

Yang turut hadir, Pengarah SPRM Kelantan, Azmin Yusoff.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi Kementerian Pertahanan pintu sudah dibuka oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Saya menyambut baik dan hantar pegawai ke sana. Kami hanya nak membantu mengenai isu perolehan membabitkan ketirisan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat