Pastikan bahan mentah turun, bukan boikot peniaga – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Kenyataan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang meminta agar pengguna mengelak daripada berkunjung ke kedai makan yang masih menawarkan harga makanan dan minuman yang tinggi adalah tidak wajar.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kerajaan sepatutnya mengambil langkah proaktif menurunkan harga barang makanan dan bukannya memboikot kedai makan.

“Dari segi kos sara hidup dapat dikurangkan sebab rakyat mengadu tentang kos sara hidup yang tidak menentu hari ini saya dapat lihat dari laporan media bahawa kalau harga barangan makanan meningkat, boikot kedai makan.

“Kenyataan-kenyataan seperti ini tidak membantu rakyat. Kita lebih menyusahkan peniaga peniaga di restoran. Kalau bahan mentah meningkat harga ayam sayur ikan harganya mahal mesti peniaga-peniaga di restoran menaikkan harga. Kalau kita boikot peniaga kita lebih menyusahkan peniaga. Tak membantu peniaga.

“Sepatutnya kalau peniaga membeli bahan mentah dengan mahal pihak kerajaan pastikan bahan mentah dapat diturunkan untuk membantu peniaga dan penjual makanan dengan murah dan rakyat dapat harga makanan dengan murah,” jelasnya selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Wisma MCA hari ini.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera itu turut meminta agar kerajaan menyegerakan kaedah atau bantuan kepada rakyat khususnya bagi meringankan beban ekonomi mereka.

“Itu yang sebaik baiknya jadi kerajaan sepatutnya memikirkan perkara ini bukan dengan statement-statement yang begitu mudah melepaskan tangan dan nak hukum pula peniaga peniaga restoran”

“Jadi saya harap banyak perkara-perkara yang dapat aduan daripada rakyat perlu diambil tindakan segera oleh kerajaan.

Sebelum ini Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menggesa peniaga restoran dan kedai makan untuk menyemak harga jualan mereka supaya seimbang dengan harga bahan mentah yang kini telah turun.

Rafizi berkata, beliau mendapati ada sesetengah peniaga makanan yang masih enggan menurunkan harga makanan dan minuman mereka, meskipun harga bahan mentah mengalami penurunan.

Menurut Rafizi lagi, dengan mengimbangkan harga jualan mereka dengan bahan mentah amat penting untuk membantu rakyat menambah ruang perbelanjaan dan mengurangkan beban kewangan mereka.

Rafizi juga menasihatkan pengguna mengelak daripada berkunjung ke restoran dan kedai makan yang masih menawarkan harga makanan dan minuman yang tinggi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat