Zizi tersentak teguran ibu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Teguran ibu dengan mesej yang berjela-jela yang dihantar membuatkan penyanyi, Zizi Kirana, 36, tersentak. Seumur hidup, ibunya, Fatimah Kassim tidak pernah menegurnya soal berpakaian.

Namun, mesej diterima menimbulkan kesedaran kepada penyanyi Eh itu, selain teguran ibunya bukan perkara yang boleh dipandang ringan. Selama ini, ibunya tidak pernah bersuara mengenai kemahuan dirinya, malah memberikan sepenuh kepercayaan kepadanya.

Zizi yang pernah digelar ‘bintang porno’ oleh individu tidak bertanggungjawab dilihat tidak lagi memuat naik gambar berani mati, malah bertindak memadam gambar berpakaian terdedah yang dimuat naik dalam laman Instagram.

Sebagai anak yang patuh nasihat ibu, Zizi berkata, sudah masanya berubah, apatah lagi, usia menginjak 36 tahun pada 23 Januari lalu.

Zizi berkata, dia akan berubah demi menghormati permintaan ibunya, tetapi enggan melakukan perubahan secara drastik.

“Insya-Allah, saya akan perlahan-lahan berubah, tidaklah melakukan perubahan drastik. Saya tak mahu dilihat berpakaian terbuka kepada tutup secara mengejut.

“Cuma, sekarang saya elak berpakaian yang mendedahkan bahagian tertentu. Saya tak mahu ibu bersedih lagi. Saya juga bersyukur ramai mendoakan saya berubah. Mana tahu hati saya terbuka bertudung, mungkin esok atau lusa.

“Jika ikutkan niat mahu bertudung sudah ada. Cuma, saya enggan terburu-buru. Saya sentiasa mengharapkan doa yang baik-baik,” katanya kepada BH Online.

 

Zizi Kirana mahu berubah demi menghormati permintaan ibunya, tetapi enggan melakukan perubahan drastik. - Foto IG Zizi Kirana
Zizi Kirana mahu berubah demi menghormati permintaan ibunya, tetapi enggan melakukan perubahan drastik. – Foto IG Zizi Kirana

 

Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah Mad Tahil berkata, dia tidak menganggap teguran ibu supaya berubah tidak berpakaian mencolok mata sebagai satu tekanan besar.

“Ibu mesej secara tiba-tiba, selepas solat Subuh. Apa yang saya fikir, ada betul pesanan yang diberikan. Jarang ibu menegur saya dengan menghantar mesej.

“Saya percaya ada hikmah yang tersembunyi apabila datang isyarat daripada ibu. Sebagai anak yang menyayangi orang tua, saya takkan membantah.

“Ibu tak minta saya berhijab kerana bimbang tidak istiqamah dan membukanya semula. Dia hanya mahu saya berubah secara perlahan-lahan. Saya sudah berjanji tak akan berpakaian seksi lagi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zizi berkata, dia sedang merancang menghasilkan single terbaharu.

“Sekarang, saya sedang rancak melakukan persiapan untuk malam kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-35, selain terbabit rakaman program televisyen,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat