PKP: Produksi drama Angkara Cinta ‘sangkut’ di Ipoh

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pasukan produksi dan pelakon drama Angkara Cinta mengambil keputusan untuk kekal berada di Ipoh, Perak sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri itu bermula hari ini sehingga 4 Februari.

Pengarahnya, Hadith Omar ketika dihubungi berkata, mereka mengambil keputusan berpindah lokasi penggambaran selepas Selangor dan Kuala Lumpur dilaksanakan PKP pada 13 Januari lalu.

“Sebelum dilaksanakan PKP, kami sudah mendengar mengenai ura-ura itu. Jadi, kami buat pelan B iaitu sambung penggambaran di negeri lain iaitu Negeri Sembilan atau Perak. Tapi, apabila melihat kes di Negeri Sembilan agak tinggi, jadi kami putuskan untuk ke Ipoh.

“Sehari selepas pengumuman PKP, kami terus bergerak dan sambung penggambaran. Selepas lebih seminggu di sini, Perak pula kena PKP. Jadi, kami terpaksa berhenti. Buat masa sekarang kru dan pelakon masih kekal di Ipoh. Mana tahu mungkin PKP di Perak tak disambung, jadi penggambaran boleh diteruskan.

“Lagipun, kalau kami balik sekarang PKP di Selangor dan Kuala Lumpur baru saja disambung sehingga 4 Februari. Sama juga tidak boleh buat penggambaran. Alhamdulillah, semua kru dan pelakon okay dan dalam keadaan tenang. Lagipun tidak ada siapa menjangka PKP kembali dilaksanakan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Hadith, drama lakonan Hun Haqeem, Meerqeen dan Wanna Ali itu dianggarkan berbaki 45 hari lagi selepas ditambah 20 episod menjadikan jumlah keseluruhan 90 episod.

“Kalau ikutkan drama ini cuma 70 episod, tapi ditambah menjadi 90 episod. Penggambaran untuk 70 episod sudah selesai dengan mengambil masa 167 hari. Jadi, apabila bertambah 20 episod, ia memakan masa lebih kurang 45 hari lagi.

 

BERSAMA pelakon drama Angkara Cinta.
BERSAMA pelakon drama Angkara Cinta.

 

“Alhamdulillah, sepanjang penggambaran kami okay. Cuma, selepas pelakon Alif Satar disahkan positif Covid-19 tahun lalu, masing-masing ambil inisiatif untuk buat ujian saringan bagi memastikan semua dalam keadaan sihat dan baik.

“Saya sentiasa ingatkan kru dan pelakon supaya patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Malah, saya selalu pesan untuk ambil vitamin dan makanan tambahan. Alhamdulillah, tidak ada yang sakit teruk. Kalau ada demam , saya akan minta mereka ambil cuti.

“Pihak produksi juga nasihatkan kepada pelakon supaya elakkan ambil tawaran berlakon yang banyak. Ini kerana kita tidak akan tahu jangkitan itu dari mana. Jadi, ini sebagai langkah berjaga-jaga kepada semua,” katanya.

Hadith juga menjelaskan, kebanyakan lokasi drama itu tidak membabitkan penggambaran di luar.

Angkara Cinta ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di saluran Astro Prima.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat