Perlekeh Proklamasi Darurat, Azwan Ali Disiasat PDRM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat satu laporan berhubung rakaman video klip selebriti Azwan Ali, yang dikatakan memperlekeh Proklamasi Darurat yang diisytihar oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed yang mengesahkan polis telah menerima laporan berhubung video klip itu berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Hari ini, Azwan Ali telah dipanggil ke pejabat USJT bagi membantu siasatan dan siasatan diteruskan untuk mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang telah menularkan video klip berkenaan.

“PDRM menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform itu sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta mengganggu gugat keharmonian negara,” katanya dalam kenyataan.

Rakaman video berdurasi 41 saat berkenaan telah ditularkan oleh seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Zai Mikail’ pada 12 Januari lepas.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat