Ahmad Zahid kongsi minat motosikal legend

KUALA LUMPUR – Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 membuatkan orang ramai banyak masa luang, tidak ketinggalan juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut berkongi mengimbau kenangan zaman 90-an bersama motosikal legend.

Ahli Parlimen Bagan Datuk dalam catatan di Facebooknya menulis dalam loghat Perak memberitahu beliau sejak zaman dahulu memang minat dengan motosikal tapi bukan tujuan merempit.

“Kome semua jangan salah faham pulak. Teman memang dari dulu minat bebenor dengan motosikal, tapi teman bukan merempit. Teman guna pergi belajor masa di Universiti Malaya dulu sambil teman buat part time kroje di RTM dan jadi cikgu sambilan.

“Skill teman idok ler hebat mana, bawah sikit yop Mike Doohan dan yop Valentino Rossi aje. Mana mahunye ye.

“Habis belajor aje, teman idak beli kereta, teman beli motor scrambler. Masa itu motor scrambler memang top. Di kampung teman Bagan Datuk merata ceruk ada gang scrambler. Pagi deme bawak masuk kebun angkut nyior. Petang deme bersiar-siar di pekan Bagan Datuk,” catat Ahmad Zahid.

Malah katanya, sebab itu sewaktu pergi berkempen pun naik motor sahaja.

“Contoh di PRK Semenyih, teman bawak motor dengan NGO Akhirat Di Depan, syukur Alhamdulillah menang.

“Benor ke deme ngabo rege motosikal-motosikal ‘legend’ ghope ini boleh tahan mahe nye di pasaran?

“Kalo bebenor ler? Ini teman nak kabo, teman harap jangan mike menekan-nekan sangat rege nye yop, patut-patut udah ler.

“Ingat peribahasa lama – orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa,” katanya. -SuaraTV

Topik Hangat

Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO...

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Berita Berkaitan

Sajat Cari Pasal Lagi?

KUALA LUMPUR: Ketika masih dalam buruan pihak berkuasa, video kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau popular disapa Nur Sajat, sekali lagi tular di media sosial. Tidak...

Vaksin COVID-19: Antara Fakta Dan Mitos Yang Perlu Anda Tahu…

KUALA LUMPUR: Seperti sedia maklum, Malaysia telah pun menerima dua jenis vaksin COVID-19 iaitu Pfizer-BioNTech dan terbaru, Sinovac minggu lalu. Kedua-dua vaksin itu tujuannya adalah untuk...

Muhyiddin Sebagai ‘Puppet’ Tun M? Teori Ini Tidak Benar – Marzuki

KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah ‘puppet’ atau boneka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menggerakkan agenda tersendiri disifatkan tidak benar sama sekali. Setiausaha...