PAS cuba panaskan hubungan Umno-DAP – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno tidak jadikan agama kuda tunggangan macam PAS,” bidas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Puad Zarkashi.

Sebab itu katanya, tuduhan Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi bahawa Umno “alas kaki” DAP adalah percubaan untuk panaskan hubungan DAP dan Umno.

“Umno bukan PAS yang puji DAP melangit waktu bersekongkol dulu. Lim Guan Eng disamakan seperti Khalifah Umar Abd Aziz.

“Afnan Hamimi juga kata DAP naik tocang. Sebenarnya PAS yang naik tocang bila menang banyak kerusi berbanding Umno dan Bersatu,” tempelak Puad.

Afnan yang juga Ahli Parlimen Alor Setar merujuk perkara itu berdasarkan beberapa kenyataan pemimpin DAP berhubung persempadanan semula kawasan pilihan raya, bukan melayu dilantik perdana menteri dan cadangan memperkenalkan semula pilihan raya kerajaan tempatan.

Beliau juga memaklumkan, PAS semakin ganas keluar fatwa politik yang memecahkan belahkan orang Melayu.

“Ajaran Islam wajibkan bayar hutang.

“Tetapi PAS liat bayar hutang Harakah. PAS jadikan Islam “alas kaki” kerana “naik tocang”,kata Puad.

Jelas beliau, pihak lawan menjadikan kerjasama Umno-DAP fokus untuk lemahkan Kerajaan Perpaduan.

Tambah Puad, apa sahaja kenyataan pemimpin atau ahli DAP yang kontroversi akan dieksploitasi.

“Kenyataan itu ada kalanya bersifat peribadi. Ia hanya cadangan. Belum pasti dilaksana. Perlu dipersetujui oleh Kabinet.

“Umno tidak akan setuju jika tidak sesuai dengan dasar Umno. Sebab itu ada hikmahnya Umno berada dalam Kerajaan Perpaduan.

“Umno benteng jaga kepentingan Melayu, Islam dan Raja Raja Melayu dalam Kerajaan Perpaduan hari ini,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat