PPS pun air naik, 750 mangsa banjir dipindahkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kira-kira 750 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mentangau, Dungun, terpaksa dipindahkan setelah PPS tersebut dinaiki air, pagi tadi.

Operasi pemindahan kesemua mangsa ke PPS di SK Felda Kerteh 3, dilakukan pasukan penyelamat melibatkan anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Pasukan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung menggunakan kira-kira 20 buah bot.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Durian Mentangau, Mohd Suhaimi Shamsudin berkata, penduduk kampung tersebut berpindah ke PPS pertama di SK Durian Mentangau selepas kediaman masing-masing dinaiki air ekoran limpahan Sungai Paka sejak Ahad.

“Awal pagi tadi air mula melimpah ke kawasan PPS sehingga hampir tiga meter. Kita ambil keputusan untuk pindahkan kesemua mangsa sebab bimbang berlaku banjir lebih buruk,” katanya yang turut memberitahu bekalan air dan elektrik di PPS itu turut terputus sejak semalam.

Mohd Suhaimi berkata, mangsa banjir dibawa menaiki bot sejauh dua kilometer ke kawasan darat sebelum dibawa menaiki lori ke PPS baharu di SK Felda Felda Kerteh 3 di kampung bersebelahan yang terletak kira-kira kira-kira 10 kilometer.

Sementara itu, salah seorang penduduk, Aminah Ismail, 68, berkata, dia yang tinggal bersama empat anak dan tiga cucu terpaksa berpindah selepas kediamannya dimasuki air.

“Banjir kali ini lebih buruk daripada 2014. Sebelum ini mak cik tak pernah pindah sebab rumah tak banjir, hanya kawasan sekitar sahaja yang dinaiki air.

“Kali ini, mak cik tiada pilihan, perlu pindah sebab air dah masuk paras betis dalam rumah,” katanya lapor Utusan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat