Kenapa sejak jadi PM, Anwar tak boleh terima kritikan? – Wan Saiful

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Dalam kapasiti sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya berani dan bersedia menjelaskan persoalan-persoalan yang ditimbulkan bukannya mengugut tindakan guaman bagi melenyapkan semua kritikan.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan juga mempertikai kenapa sejak menjadi Perdana Menteri, Anwar sangat nipis telinga dan tak boleh terima kritikan? Adakah Anwar mahu menjadi diktator yang tidak boleh dipersoal?

“Saya merujuk kepada laporan media mengenai tindakan mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah tersebar kepada media sebelum pun ia diserahkan kepada peguam Muhyiddin.

“Saya juga ambil perhatian bahawa Anwar telah mengugut tindakan sama terhadap Datuk Ahmad Amzad Hashim.

“Dalam kapasiti sebagai Perdana Menteri, Anwar seharusnya berani dan bersedia menjelaskan persoalan-persoalan yang ditimbulkan. Bukan mengugut tindakan guaman bagi melenyapkan semua kritikan,” tegas Wan Saiful dalam kenyataan pada Rabu.

Hal demikian beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, memandangkan terdapat banyak cerita yang tidak enak terhadap wibawa Perdana Menteri ke-10 itu maka Wan Saiful harap Anwar akan bertegas mengambil tindakan guaman serupa kepada yang lain-lain juga.

“Dengan berbuat demikian baru lah Anwar boleh dilihat serius mempertahankan nama baiknya dan institusi Perdana Menteri dan bukan berterusan mempergunakan sistem perundangan secara selektif untuk bermain politik atau mengugut pengkritik,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat