Tanah runtuh susulan, Jalan Tranum ke Gap ditutup

- Advertisement -

RAUB: Jalan Tranum ke Gap di Bukit Telaga di sini, ditutup kepada semua kenderaan berikutan tanah runtuh susulan dan bongkah batu besar menghalang laluan dalam kejadian 6 pagi tadi.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataannya, berkata kejadian pertama berlaku dua hari lalu apabila pokok tumbang dan tanah runtuh.

Katanya, kerja pembersihan laluan sudah dilaksanakan oleh Roadcare (M) Sdn Bhd dan papan tanda amaran dipasang setelah selesai pembersihan.

“Hari ini berlaku runtuhan susulan pada awal pagi ini membabitkan bongkah batu besar jatuh ketika tanah runtuh.

“Dua jengkaut sudah digerakkan ke lokasi oleh pihak konsensi Roadcare (M) Sdn Bhd.

“Penilaian akan dibuat untuk pengalihan bongkah batu besar menggunakan jentera bersesuaian,” katanya.

Katanya, jalan itu ditutup untuk semua kenderaan dan pengguna jalan raya diarahkan menggunakan jalan alternatif, iaitu Jalan Kuala Kubu.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat