Pemuda Umno sekadar ‘lalat’ di mata DAP, dakwa Tun Faisal

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa Pemuda Umno hanya dianggap sebagai ‘lalat’ oleh pemimpin DAP.

Bahkan kata Tun Faisal Pemuda Umno tidak dipandang atau hanya dipandang remeh oleh parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN).

Hal ini sekali gus menyanggah kenyataan Setiausaha Pemuda Umno Hafiz Ariffin berkata bahawa Pemuda Umno yang membawa karektor lantang sehingga adakalanya nampak keterlaluan hanya kerana blok pembangkang lemah.

Kata Tun Faisal bukan kerana pembangkang tetapi ada beberapa sebab lain membuatkan Pemuda Umno lantang.

“Tidak dipandang atau dipandang remeh oleh parti-parti komponen dalam PH-BN – Pemuda Umno hanya dianggap sebagai ‘lalat’ oleh pemimpin DAP dan pendirian Pemuda Umno dianggap lemah sehingga boleh melaungkan ‘Umdap Mantap’ sepertimana diminta oleh pemimpin DAP.

“Selain itu, Asal Ada Bunyi atau Wayang: Dalam Kes Rayuan Kalimah Allah, kes Abang Belon, kes lantikan politik pemimpin Pan, kelihatan Pemuda Umno hanya sekadar ‘asal ada bunyi’. Tidak menyelesaikan apa-apa pun.

“Tidak tahu menyelesaikan masalah sebagai sayap Pemuda dalam sebuah parti kerajaan – sebagai contoh, kes Abang Belon – Pemuda Umno boleh memperjuangkan kebajikan Abang Belon seperti mana DAP menyelesaikan kes penguat kuasa di Ipoh yang ditumbuk pekerja restoran. Boleh selesaikan secara senyap dan dapatkan pembelaan yang setimpal untuk Abang Belon, tetapi Pemuda pilih untuk bawa ke mahkamah, akhirnya apa jadi sekarang? Abang Belon dapat pembelaan tak?

“Tetapi, dalam sejumlah isu Pemuda Umno langsung tidak berbunyi. Misalnya:- Pemuda Umno membisu dalam kes Pembatalan Enakmen Syariah, kes Hannah Yeoh yang dikaitkan dengan evangelisme, dalam Kes Rayuan Kalimah Allah dan dalam soal kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan PH-BN menguruskan ekonomi, hutang negara dan kos sara hidup rakyat,” dakwanya.

Sebelum ini, Setiausaha Pemuda Umno berkata, Pemuda Umno memilih untuk vokal dalam mengulas isu-isu hangat yang berlaku kerana tidak mahu terlarut dalam apa juga perubahan landskap politik yang berlaku.

Tegas beliau, Pemuda Umno tidak diam kerana tidak mahu masyarakat hilang kepercayaan kepada asas perjuangan Umno.

“Pemuda Umno memang kena macam tu (lantang), jarang tengok Pemuda pasif, kalau tengok dalam sejarah Pemuda sejak 1949 daripada Kapten Hussein Onn sehinggalah kepada yang sekarang ini (Datuk Dr Akmal Saleh) kita generasi ke-14 tidak ada dalam sejarah Pemuda yang jadi begitu cermat ataupun begitu teliti dalam banyak hal.

“Saya lihat Pemuda Umno ini nampak keterlaluan kerana pembangkang lemah, they are weak, they are not well organized disebabkan itu bila Pemuda Umno lantang dan kritik dalam beberapa isu jadi spotlight kepada Pemuda sahaja.

“Walhal ada ramai ketua pemuda di belah sana (pembangkang) yang sebenarnya boleh lebih panas daripada Pemuda Umno.

“…dan kenapa Pemuda Umno perlu ambil posisi itu adalah kerana kalau Pemuda Umno senyap akhirnya kepercayaan orang kepada parti, perjuangan asas kita akan luntur, orang kata Umno being diluted in the water macam panadol Soluble letak dalam air terlarut sama.

“Pemuda Umno kita tak boleh tunjukkan kita terlarut apa jua perubahan landskap politik yang ada.

“Pemuda mesti kekal sebagai sayap kanan parti, tulang belakang, panglima perang ke depan,” tegas Hafiz dalam podcast Jam Kesebelas.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat