SKMM bukan polis internet, kandungan hanya disekat apabila terima laporan – Nie Ching

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching menegaskan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bukanlah ‘polis internet’ seperti didakwa.

Sebaliknya, beliau menjelaskan SKMM berperanan
memberi bantuan teknikal berhubung siasatan, pembekalan maklumat, analisis forensik digital, serta pelaksanaan tindakan sekatan atau penurunan kandungan berdasarkan permohonan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau aduan lain.

Nie Ching menyatakan, SKMM hanya akan menurunkan atau menyekat kandungan lucah berdasarkan permintaan daripada pihak polis selepas menerima laporan dan aduan pengguna.

“MCMC bukan berperanan sebagai polis internet dalam perkara ini, hanya apabila kita terima permohonan daripada polis atau agensi penguatkuasaan lain, baru kita ambil tindakan menurunkan atau sekat kandungan itu.

“Justeru sangat penting kepada sesiapa sahaja, orang awam mahupun Ahli Yang Berhormat, jika menemukan kandungan lucah, mohon melaporkan kepada polis dan seterusnya MCMC akan buat tindakan lanjut,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Dalam pada itu, Nie Ching mengakui SKMM dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berdepan kesukaran menangani isu kandungan lucah, terutama di dalam aplikasi atau platform yang mempunyai kemudahan bersifat tertutup seperti kumpulan atau saluran.

Katanya, sejak 1 Januari sehingga 15 November lalu, sejumlah 118 laman pelacuran telah disekat MCMC, berdasarkan permohonan daripada PDRM.

“…manakala untuk platform media sosial pula sebanyak 76 kandungan diturunkan atas pelanggaran piawaian komuniti yang ditetapkan penyedia platform media sosial terbabit,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat