Moral jatuh, Puad dakwa ada lagi MP Bersatu akan sokong PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi mendakwa ada beberapa lagi ahli Parlimen dari Bersatu akan menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Susulan itu, Puad menggesa agar Bersatu segera meminda Perlembagaan parti lawan itu.

“Difahamkan ada beberapa lagi MP Bersatu akan buat pengumuman untuk menyokong Dato Seri Anwar Ibrahim setelah selesai sidang Bajet 2024 sepenuhnya.

“Eloklah Bersatu cepat cepat pinda perlembagaan parti itu sebelum jadi tepu kerana ahli Parlimennya makin kurang,” dakwa Puad pada Selasa.

Beliau malah menempelak kononnya sebelum itu Tan Sri Muhyiddin Yassin dakwa PAS sudah tepu kerana penyokongnya sudah maksimum.

Pun begitu bidas Puad lagi, tapi PAS ada kelebihan. Ia menguasai 4 negeri.

“Bersatu apa ada? Melukut di tepi gantang.

“Sebab itu moral ahli jatuh,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat