Kemenangan Besar BN Di Melaka Bukti Penerimaan Dasar-Dasar Ismail Sabri

- Advertisement -

EMAIL PEMBACA

LANDSLIDE atau menang besar adalah tajuk yang dipilih sebuah portal berita pro pembangkang bagi menggambarkan magnitud sebenar keputusan pilihanraya negeri (PRN) Melaka ke 13 yang berakhir semalam.

Apabila berjaya menang 21 daripada 28 kerusi DUN dalam tempoh 3 tahun selepas sekadar mampu meraih 13 kerusi dan kehilangan kuasa pemerintahan negeri pada PRU14, landslide adalah pemilihan ayat yang tepat untuk menggambarkan kejayaan tersebut.

Tidak boleh tidak, kejayaan besar ini ada kaitan dengan dasar-dasar pemerintahan Perdana Menteri ke 9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sekalipun dikatakan ada banyak faktor yang menyumbang kepada prestasi mengagumkan BN dalam PRN kali ini, tapi untuk mengatakan dasar-dasar pentadbiran Ismail Sabri bukan sebahagian daripadanya, umpama menafikan wujudnya bulan dan matahari.

Kita semua melihat apa sahaja yang tidak dilontarkan pembangkang untuk meremehkan pentadbiran Ismail Sabri sepanjang kempen PRN Melaka kali ini. Konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan beliau, menjadi pertikaian hampir setiap hari oleh mereka termasuk kaitannya dengan keputusan kerajaan negeri Kedah mengharamkan judi nombor ekor, sekalipun tidak nampak kena mengenanya dimana.

Tidak terkecuali bajet 2022 yang dibentangkan di Parlimen pada 29 Oktober yang lepas. Kononnya tidak inklusif dan sebagainya, termasuk isu berkaitan hak untuk memohon tanah oleh bekas Perdana Menteri seperti yang dibenarkan oleh undang-undang. Bukan kebetulan isu itu dibangkitkan ketika bahang PRN Melaka semakin memuncak walaupun tidak memberi manfaat sama sekali kepada pengundi Melaka.

Begitu juga di pihak BN, kejayaan Ismail Sabri membawa kestabilan politik dalam negara serta pencerahan mengenai Keluarga Malaysia itu sendiri, menjadi antara bahan kempen utama untuk menarik sokongan pengundi dan ternyata ia berjaya bila 21 daripada mereka bergelar Yang Berhormat hari ini.

Dikatakan Moto Kestabilan Membawa Kemakmuran oleh BN itu sendiri adalah manifestasi kejayaan Ismail Sabri diperingkat persekutuan sejak dilantik menjadi Perdana Menteri.

Bukan rahsia, membawa kestabilan politik adalah antara misi utama pentabdiran Ismail Sabri seperti dibuktikan melalui kejayaan menandatangani MOU dengan Pakatan Harapan.

Justeru, sudah jelas kemenangan besar BN di Melaka ini bukan sekadar referendum penolakan hampir total kepada Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional, tapi ia juga bukti jelas bahawa dasar-dasar pentadbiran Ismail Sabri diterima baik rakyat, di Melaka, di Sarawak nanti dan tempat-tempat lain di negara ini juga.

Kredit Foto: Sinar Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat