- Advertisement -
Konsert separuh akhir Muzik-Muzik (SFMM) telah berlangsung semalam dimana 10 buah lagu dipertandingkan untuk merebut tempat ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL 35) pada tahun depan.
Menariknya, persembahan Stacy dalam episod pertama SFMM telah menjadi buah mulut netizen. Bukan sahaja persembahannya hadir dengan vokal dan tarian yang mantap tetapi penampilannya turut menjadi perhatian.
Bukan itu sahaja, para netizen terkejut melihat Stacy menggayakan rambutnya afro seperti pelakon kanak-kanak, Sakinah dari Gtlosiar. Malah, Akim turut ‘membahan’ penampilan isterinya yang hampir sama dengan Sakinah.
Adakah anda menonton persembahan Stacy semalam? Apa pendapat anda akan persembahan dan penampilan beliau?
The Vocket