Rai bukan kritik

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Kluster Teratai Tidak Libatkan Jangkitan Covid-19 Dalam Komuniti – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA – Sehingga kini tiada jangkitan Covid-19 dalam komuniti yang ditemui pihak Kementerian Kesihatan (KKM) melibatkan Kluster Teratai. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor...

Saya Jumpa Najib Bincang Isu Semasa Untuk Negara, Kata Syed Saddiq

KUALA LUMPUR – Pengasas Parti MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengunjungi kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang pelbagai...

“Geng Tun M Tolak Belanjawan 2021”

KUALA LUMPUR - “Saya dan rakan-rakan mengambil ketetapan menolak Belanjawan 2021 dan kami lakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah yang kami pegang bagi...

Polis Kenal Pasti Dua Kumpulan Penyeludup Serang Anggota PGA

KANGAR - Polis mengenalpasti dua kumpulan penyeludup yang terbabit dalam serangan ke atas dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di kawasan sempadan Malaysia-Thailand berdekatan...

KEJAYAAN filem Mael Totey The Movie (MTTM) yang mendapat kutipan RM6.4 juta selepas 24 hari di tayangkan di Astro First membuka mata ramai pihak terutama dalam kalangan pembikin filem tempatan.

Ada yang menyambut baik, malah tidak kurang juga timbul cakap-cakap yang seolah-olah memperkecilkan kejayaan filem yang hanya menelan belanja RM400,000 itu.

Dari satu sudut lain, ramai melihat industri perfilem tempatan yang sebelum ini suram disebabkan pelaksaan prosedur operasi standard (SOP) dan penutupan panggung wayang sehingga memberi kesan kepada kutipan filem kini kembali ada harapan.

Bagi Syamsul Yusof yang juga pengarah filem hebat, kejayaan diraih filem MTTM dan pengarahnya, Syahmi Sazli perlu diraikan dan bukan dikritik.

“Saya tak setuju kalau ada pengkarya filem lain yang merendahkan hasil karya MTTM. Pengkarya dan penonton perlu faham setiap filem yang keluar di pasaran ada cara dan gaya tersendiri dari segi penyampaiannya.

“Kiranya, kalau kita tak suka karya itu, tak bermakna semua orang tak suka. Sebab macam saya katakan, MTTM dan Syahmi ada peminat tersendiri. Jadi, sebagai orang filem yang ada pengalaman dalam bidang ini perlu menyokong Syahmi dan siapa saja pengarah muda yang berani membawa karya mereka ke layar perak atau Astro First,” katanya.

Syamsul yang mengarahkan filem berbajet besar seperti KL Gangster dan Munafik berkata, dalam kejayaan sesebuah filem soal standard dan bajet filem itu perlu ditolak tepi.

Lebih penting, pengkarya perlu melihat konsep, genre dan mesej filem yang disampaikan itu sehingga mampu menarik perhatian penonton.

“Ketepikan standard dan bajet filem itu. Apa yang penting, sekiranya ada penonton, bermakna ada permintaan. Teruskan berkarya. Kita sokong sesama sendiri. Tambahan pula Syahmi dan pasukan adalah anak Melayu yang cuba nak berdiri. Jadi kita kena sokong.

“Pada saya, perkara ini setiap orang ada impian masing-masing. Walaupun kita tidak bersetuju dengan cara dia, tapi bagi saya seni itu luas. Jadi, filem MTTM ini pun ada seninya selain mempunyai penonton dan peminat tersendiri. Jadi, kita perlu bersatu.

“Mudah-mudahan Syahmi dapat belajar sesuatu juga daripada pengalaman pertama mengarahkan filem ini. Saya yakin filem dia akan datang semakin baik dan ada perkembangan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Syamsul baharu muncul dengan single ketuhanan, Satu Kalimah.

Lagu ciptaan Syamsul itu mencecah lebih 770,000 tontonan di YouTube Universal Music Malaysia.

Harian Metro

 

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Covid-19: Menteri saran industri perkahwinan tukar bidang

KUALA LUMPUR- Pemain industri perkahwinan yang terkesan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Covid-19 disaran bertukar kepada bidang perniagaan lain yang...

Menjual Nama Binatang Untuk Mengherdik Kerajaan

Pandemik Covid-19 menjejaskan semua pihak sama ada kerajaan, ahli perniagaan, pekerja dan rakyat biasa. Kerajaan tidak lagi mempunyai pendapatan yang banyak, manakala aktiviti ekonomi...

“Tinggal saya seorang, sedih dan sunyi” – Tun M

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi rasa sedih dan sunyi apabila mengenang semua sahabat baiknya telah pergi menemui pencipta. Dalam catatan di blognya...

Berita Berkaitan

‘Saya okay, cuma hilang deria bau’ – Alif Satar

Kuala Lumpur: "Alhamdulillah, selepas lima hari empat malam di sini, saya okay dan stabil. Tekanan darah, buah pinggang dan lain-lain termasuk selera makan semuanya...

Lenovo Yoga Slim 7i, Komputer Riba Yang Nipis Dan Bergaya Untuk Anda

Buat anda yang mencari sebuah komputer riba untuk kegunaan harian terutamaya bisnes, mungkin agak pening kepala untuk memilih puluhan model menarik yang ada di...

Samsung Galaxy Note 20 Ultra, ‘Raja’ Telefon Pintar Android Bagi Tahun 2020

Mulai dilancarkan pada Ogos lalu sebagai telefon pintar terbaik pernah dihasilkan Samsung iaitu Galaxy Note 20 Ultra sehingga kini masih lagi menjadi rebutan peminat...