Para Pemimpin APEC Bersetuju Bekerjasama Perangi COVID-19

“Geng Tun M Tolak Belanjawan 2021”

KUALA LUMPUR - “Saya dan rakan-rakan mengambil ketetapan menolak Belanjawan 2021 dan kami lakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah yang kami pegang bagi...

Polis Kenal Pasti Dua Kumpulan Penyeludup Serang Anggota PGA

KANGAR - Polis mengenalpasti dua kumpulan penyeludup yang terbabit dalam serangan ke atas dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di kawasan sempadan Malaysia-Thailand berdekatan...

Malaysia Kecam Serangan Peluru Berpandu Ke Atas Loji Minyak Arab Saudi

PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia mengecam dan mengutuk keras serangan peluru berpandu oleh kumpulan pengganas Syiah Houthi yang menyasarkan kemudahan loji minyak milik Arab Saudi...

Mahathir Gesa Ahli Parlimen Tolak Belanjawan 2021

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengajak ahli-ahli Parlimen supaya menolak Belanjawan 2021 yang disifatkannya sebagai belanjawan yang hanya mementingkan kelangsungan...

23 Kereta Baru Bukan Untuk Exco, Peruntukan Diluluskan MB Kedah Sebelum Ini – Sanusi

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah menafikan dakwaan membeli 23 kenderaan baharu bagi kegunaan EXCO, sebaliknya ia untuk pelbagai jabatan kerajaan negeri . Menteri Besar, Muhammad...

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-27 menutup tirai hari ini dengan 21 ekonomi anggotanya bersetuju untuk bekerjasama dalam memerangi pandemik COVID-19.

Antara bahagian kerjasama termasuklah penyelidikan dan pembangunan serta pengeluaran, pembuatan dan pengedaran ujian diagnostik, produk dan perkhidmatan perubatan penting, terapi dan vaksin, kata para pemimpin APEC dalam satu deklarasi bersama — Deklarasi Kuala Lumpur 2020 — yang dikeluarkan selepas mesyuarat secara maya itu.

Justeru, ekonomi-ekonomi APEC akan menekankan kepada sains, teknologi dan inovasi yang merupakan elemen penting kepada pemulihan pasca COVID-19 rantau ini.

Para pemimpin turut menekankan kepentingan memudahcara akses yang saksama kepada vaksin yang selamat, berkualiti, berkesan dan mampu milik serta tindakan balas perubatan lain yang penting untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan rakyat, selain menggalakkan inovasi.

“Kami menyedari peranan imunisasi yang meluas terhadap COVID-19 amat penting untuk menamatkan pandemik ini,” kata mereka.

Mengenai ekonomi digital, ekonomi APEC mengakui kepentingan pembangunan dan sumbangan teknologi digital dalam menjaga kesihatan rakyat dan melindungi rantau ini daripada ancaman kesihatan serta meningkatkan daya tahan dan kemampanan sistem kesihatan, sekali gus memacu ke arah perlindungan kesihatan sejagat.

Mereka juga akan berusaha untuk memastikan rantau ini dapat pulih daripada pandemik COVID-19 dan impak ekonominya.

“Kita memilih untuk terus mengemudi rantau ini ke arah pemulihan menerusi landasan pertumbuhan ekonomi yang kukuh, seimbang, inklusif, mampan, inovatif dan selamat.

“Tindakan bersepadu dan kerjasama kita terbukti sebegitu penting sekarang bagi mengatasi cabaran COVID-19 serta mewujudkan peluang baharu dan ketara untuk kemakmuran semua,” kata mereka.

Selain menzahirkan rasa takziah terhadap mereka yang telah terjejas serta kehilangan insan tersayang akibat pandemik itu, para pemimpin terbabit juga sepakat mengakui keperluan mempertingkat langkah-langkah ransangan bagi kelancaran pemulihan ekonomi serta mewujudkan pekerjaan.

“Kita turut mengakui keperluan untuk menyokong ekonomi-ekonomi sedang membangun dalam usaha memerangi pandemik COVID-19,” kata mereka.

Selain itu, kalangan ekonomi-ekonomi APEC akan bekerjasama bagi memastikan kelangsungan aliran perdagangan dan pelaburan dalam tempoh-tempoh mencabar ini.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Covid-19: Menteri saran industri perkahwinan tukar bidang

KUALA LUMPUR- Pemain industri perkahwinan yang terkesan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Covid-19 disaran bertukar kepada bidang perniagaan lain yang...

Menjual Nama Binatang Untuk Mengherdik Kerajaan

Pandemik Covid-19 menjejaskan semua pihak sama ada kerajaan, ahli perniagaan, pekerja dan rakyat biasa. Kerajaan tidak lagi mempunyai pendapatan yang banyak, manakala aktiviti ekonomi...

“Tinggal saya seorang, sedih dan sunyi” – Tun M

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi rasa sedih dan sunyi apabila mengenang semua sahabat baiknya telah pergi menemui pencipta. Dalam catatan di blognya...

Berita Berkaitan

“Geng Tun M Tolak Belanjawan 2021”

KUALA LUMPUR - “Saya dan rakan-rakan mengambil ketetapan menolak Belanjawan 2021 dan kami lakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah yang kami pegang bagi...

Malaysia Kecam Serangan Peluru Berpandu Ke Atas Loji Minyak Arab Saudi

PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia mengecam dan mengutuk keras serangan peluru berpandu oleh kumpulan pengganas Syiah Houthi yang menyasarkan kemudahan loji minyak milik Arab Saudi...

PARLIMEN: “Tolong dengar saya cakap boleh tak?”

KUALA LUMPUR: Isu masa sekali lagi menjadi topik hangat sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 hari ini, sehingga mendorong Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk...