Hari Pertama PKPB Di Kelantan Catat Tujuh Kes Jangkitan Covid-19

Saya Jumpa Najib Bincang Isu Semasa Untuk Negara, Kata Syed Saddiq

KUALA LUMPUR – Pengasas Parti MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengunjungi kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang pelbagai...

“Geng Tun M Tolak Belanjawan 2021”

KUALA LUMPUR - “Saya dan rakan-rakan mengambil ketetapan menolak Belanjawan 2021 dan kami lakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah yang kami pegang bagi...

Polis Kenal Pasti Dua Kumpulan Penyeludup Serang Anggota PGA

KANGAR - Polis mengenalpasti dua kumpulan penyeludup yang terbabit dalam serangan ke atas dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di kawasan sempadan Malaysia-Thailand berdekatan...

Malaysia Kecam Serangan Peluru Berpandu Ke Atas Loji Minyak Arab Saudi

PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia mengecam dan mengutuk keras serangan peluru berpandu oleh kumpulan pengganas Syiah Houthi yang menyasarkan kemudahan loji minyak milik Arab Saudi...

Mahathir Gesa Ahli Parlimen Tolak Belanjawan 2021

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengajak ahli-ahli Parlimen supaya menolak Belanjawan 2021 yang disifatkannya sebagai belanjawan yang hanya mementingkan kelangsungan...

KOTA BHARU – Hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri mencatatkan tujuh kes jangkitan Covid-19 melibatkan beberapa daerah utama.

Perkara tersebut dimaklumkan Jabatan Kesihatan Negeri melalui laman sosial facebooknya di sini sehingga jam 12 tengahari tadi.

Tiga kes di catatkan di Pasir Mas, dua kes di Machang dan masing-masing satu kes di Kota Bharu dan Tanah Merah.

Kes ke-265 dan 266 di Mukim Ulu Sat, Machang, kes 267 di Mukim Ulu Kusial, Tanah Merah, kes 268, 269 dan 270 di Mukim Rantau Panjang, Pasir Mas dan ke-271 di Mukim Limbat, Kota Bharu semuanya merupakan kontak rapat Kluster Mengketil.

Sehingga jam 12 tengahari tadi, tiada kes sembuh dan discaj dilaporkan manakala jumlah kes yang masih dalam rawatan ialah seramai 71 orang.

Terdapat dua zon jingga dicatatkan iaitu daerah Kota Bharu dengan melibatkan 33 kes tempatan dan daerah Machang 26 kes tempatan.

Sementara itu, zon kuning pula ialah di Tanah Merah melibatkan 13 kes tempatan, daerah Pasir Mas lima kes tempatan, daerah Jeli dua kes tempatan dan daerah Kuala Krai satu kes tempatan.

Empat daerah pula mencatatkan zon hijau iaitu Tumpat, Bachok, Pasir Puteh dan Gua Musang.

Sehingga hari ini, terdapat tujuh kes import B yang mana jangkitan dari luar Kelantan iaitu melibatkan satu kes di Pasir Mas iaitu saringan berisiko dari Selangor.

Pasir Puteh pula satu kes iaitu kontak rapat Kluster Cergas, Negeri Sembilan, dua kes di Jeli dan dua kes di Tumpat melibatkan saringan berisiko dari Sabah dan satu kes di Tumpat melibatkan saringan berisiko dari Johor.

Untuk rekod, tiada pertambahan kes baru melibatkan Kluster Kube dan masih kekal 24 kes manakala tujuh kes baharu untuk pertambahan Kluster Mengketil menjadikan jumlah keseluruhannya ialah 47 kes.

Sehingga kini, jumlah kes keseluruhan adalah 271 kes, jumlah kes aktif dalam tempoh 14 hari ialah 87 kes dan jumlah kes tamat tempoh 14 hari adalah 181 kes. Hanya tiga kematian dicatatkan setakat ini. – Sinar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Covid-19: Menteri saran industri perkahwinan tukar bidang

KUALA LUMPUR- Pemain industri perkahwinan yang terkesan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Covid-19 disaran bertukar kepada bidang perniagaan lain yang...

Menjual Nama Binatang Untuk Mengherdik Kerajaan

Pandemik Covid-19 menjejaskan semua pihak sama ada kerajaan, ahli perniagaan, pekerja dan rakyat biasa. Kerajaan tidak lagi mempunyai pendapatan yang banyak, manakala aktiviti ekonomi...

“Tinggal saya seorang, sedih dan sunyi” – Tun M

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi rasa sedih dan sunyi apabila mengenang semua sahabat baiknya telah pergi menemui pencipta. Dalam catatan di blognya...

Berita Berkaitan

Saya Jumpa Najib Bincang Isu Semasa Untuk Negara, Kata Syed Saddiq

KUALA LUMPUR – Pengasas Parti MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengunjungi kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang pelbagai...

Polis Kenal Pasti Dua Kumpulan Penyeludup Serang Anggota PGA

KANGAR - Polis mengenalpasti dua kumpulan penyeludup yang terbabit dalam serangan ke atas dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di kawasan sempadan Malaysia-Thailand berdekatan...

Malaysia Kecam Serangan Peluru Berpandu Ke Atas Loji Minyak Arab Saudi

PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia mengecam dan mengutuk keras serangan peluru berpandu oleh kumpulan pengganas Syiah Houthi yang menyasarkan kemudahan loji minyak milik Arab Saudi...