Hasil negara masih bocor, tiada keperluan kenakan cukai baharu kepada rakyat – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan keperluan memperkenalkan cukai baharu terhadap rakyat sekiranya hasil negara sedia ada masih gagal diurus dengan berhemah dan terus mengalami kebocoran.

Menteri Kewangan itu menegaskan, sebelum bercakap soal menambah hasil melalui percukaian baharu, kerajaan perlu terlebih dahulu membersihkan sistem tadbir urus agar setiap sen wang rakyat dibelanjakan secara telus serta berkesan.

“Mengapa kita perlu mengenakan cukai sedangkan hasil yang dikutip selama ini belum dibelanjakan dengan baik?

“Mengapa perlu kita beranggapan bahawa hasil yang dikutip itu digunakan dengan sempurna dan tiada kebocoran?” katanya ketika berucap pada Forum Ilmu Permodalan Nasional Berhad (PNB), pada Selasa.

Anwar menegaskan, integriti dan moral perlu menjadi asas utama dalam setiap dasar ekonomi termasuk percukaian, kerana rakyat tidak boleh terus dibebankan tanpa jaminan ketelusan dalam pengurusan kewangan negara.

Perdana Menteri mendedahkan, tindakan tegas penguatkuasaan sejak dua tahun lalu berjaya mengembalikan RM15.5 bilion dana awam yang sebelum ini lesap akibat penyelewengan, penyeludupan dan kebocoran hasil kerajaan.

“Jumlah ini bukti jelas bahawa ketirisan memang berlaku secara meluas sebelum ini,” katanya.

Anwar turut menzahirkan rasa kecewa apabila masih wujud pihak tertentu termasuk dari blok pembangkang yang memperlekehkan usaha kerajaan mengekang rasuah dan penyelewengan.

“Kalau kita ikuti perbahasan di Parlimen, hampir tiada sokongan kecuali daripada penyokong kerajaan, manakala pembangkang pula memperlekehkan usaha ini,” kata Anwar.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat