Dengarlah rintihan rakyat, jangan jadi kerajaan ‘lembu kenyang’ – Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia kini dilihat terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi dan erpaksa melakukan lebih daripada dua pekerjaan terutama ketua keluarga dalam kalangan B40.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, rata-rata pekerja juga terpaksa memilih membawa bekal makanan ke pejabat bagi mengurangkan perbelanjaan akibat kekangan kewangan.

“Sedarlah, jangan kita bangga dengan data ekonomi inflasi 1.9 peratus.

“Realitinya, sehingga ke hari ini, bekalan beras tempatan pun masih tidak selesai. Realitinya peluang pekerjaan setimpal dengan kelayakan rakyat pun masih berkurangan.

“Tolonglah. Bantulah. Kami hanya mahu menyuarakan rintihan rakyat. Bagilah apa sahaja bantuan kepada rakyat. Tak payahlah kita bangga dengan angka-angka yang langsung tidak menyantuni rakyat,” katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjelaskan sebanyak 90 peratus isi rumah di negara ini terkesan dengan kenaikan kos sara hidup.

“Hutang isi rumah di Malaysia berjumlah RM1.53 trilion pada 2023, meningkat pada kadar purata 5.1 peratus berbanding 2018.

“Sepatutnya, realiti kepayahan hidup yang dihadapi rakyat, yang disokong oleh data-data ini harus disantuni dengan baik melalui Belanjawan 2025,” katanya.

Tambahnya, kajian yang dibuat oleh UNICEF dan UNFPA di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun ini mendapati, 8 daripada 10 isi rumah di Malaysia menghadapi cabaran kewangan untuk mencukupi keperluan asas.

Selain itu katanya dapatan kajian hampir serupa juga diperoleh Malaysian Institute Of Economic Research (MIER).

“Rakyat mengharapkan kos sara hidup yang rendah, pekerjaan dan peluang ekonomi, kesihatan dan pendidikan yang berkualiti, perumahan mampu milik, jaminan sosial yang kuat dan kemudahan infrastruktur yang lebih baik.

“Rakyat mahu melihat pengekalan atau peningkatan subsidi ke atas barangan asas seperti beras, tepung, dan bahan api bagi meringankan kos harian.

“Rakyat mahu kawalan harga lebih ketat bagi mengelakkan manipulasi harga dan tentunya rakyat mahukan program bantuan tunai diperluaskan kepada semua mereka yang memerlukan. 23. Rakyat mahukan peluang pekerjaan yang luas dan berkualiti.

“Rakyat mahukan akses kepada perumahan mampu milik yang sesuai dengan pendapatan mereka dan rakyat mahukan perkhidmatan kesihatan awam yang berkualiti. Rakyat mahukan bantuan kewangan yang lebih besar bagi pendidikan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat