Belanjawan 2025: Kesejahteraan persaraan diperkukuh, mempersiapkan populasi menua demi masa depan lebih baik – KWSP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyambut baik pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong agenda reformasi untuk membina sebuah negara yang inklusif dan makmur yang mengutamakan kesejahteraan merentasi semua segmen masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, pPenambahbaikan i- Saraan dan penerusan program i-Suri mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh keselamatan pendapatan persaraan rakyat Malaysia, seterusnya memastikan kebajikan jangka panjang semua rakyat Malaysia terpelihara.

“Dengan memenuhi keperluan pelbagai segmen masyarakat, termasuk belia, golongan pekerja, wanita dan warga emas, kerajaan sedang meletakkan asas bagi masa depan yang lebih saksama dan berdaya tahan.

“KWSP menyokong pendekatan ini yang sejajar dengan tujuannya untuk membina masa depan persaraan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zulqarnain berkata, pengumuman memperluaskan liputan mandatori KWSP kepada pekerja bukan warganegara adalah sejajar dengan usaha KWSP untuk memastikan semua pekerja, tanpa mengira kewarganegaraan, mempunyai akses kepada perlindungan sosial.

“Inisiatif ini akan meningkatkan keadilan dalam pasaran buruh dengan memastikan perlindungan sosial untuk semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan selaras dengan piawaian antarabangsa.

“Pada masa ini, pekerja bukan warganegara boleh memilih untuk menyumbang kepada KWSP secara sukarela. Dasar baharu ini dijangka memberi manfaat kepada lebih dua juta pekerja bukan warganegara di Malaysia.

“KWSP akan memberikan maklumat lanjut mengenai butiran kadar caruman, golongan sasar utama, dan mekanisme pelaksanaan dasar pada masa yang sesuai,” jelas beliau.

Selain itu kata beliau lagi, Belanjawan 2025 juga mengumumkan bahawa KWSP sedang menilai semula skimnya bagi membenarkan pemindahan simpanan KWSP antara generasi oleh ahli kepada ahli keluarga terdekat mereka.

“Ini memberikan lebih fleksibiliti kepada ahli dalam merancang persaraan mereka dan kesejahteraan kewangan keluarga mereka,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat