Tol Genting Highlands dihenti pembinaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Bentong telah mengeluarkan arahan henti kerja kepada pemaju Plaza Tol di Jalan Gohtong Jaya, Genting Highlands.

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, arahan henti kerja itu menuntut pemaju menghentikan kerja-kerja pembinaan sehinggalah pihak pemaju menghantar permohonan untuk diteliti sebelum dinilai dan diluluskan.

“Saya mengambil maklum tentang isu yang sedang tular tentang pembinaan Plaza Tol di Jalan Gohtong Jaya, Genting Highlands baru-baru ni yang telah menimbulkan keresahan pelbagai pihak.

“Untuk pengetahuan semua, Genting Highlands merupakan tanah persendirian. Sejak sekian lama jalan ke Genting Highlands diuruskan dan diselenggara oleh pihak Genting Highlands sendiri.

“Pada 13 Oktober 2023, saya telah dimaklumkan bahawa usaha pembinaan plaza tol di kawasan tersebut tidak melibatkan dan tidak dimaklumkan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Kementerian Kerja Raya,” jelas beliau dalam kenyataan pada Sabtu.

Tambah Young Syefura, sebarang projek pembangunan atau kemajuan di tanah persendirian seharusnya mendapat Kebenaran Merancang daripada pihak berkuasa tempatan.

“Setakat ini, pihak Majlis Perbandaran Bentong dan Kerajaan Negeri Pahang tidak menerima sebarang permohonan berkenaan pembinaan plaza tol ini,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat