Lembaran Yadim Sdn Bhd dan Nunha.Co berkerjasama melancarkan minuman “SHAROB DRINK”

- Advertisement -

Lembaran Yadim Sdn.Bhd (LYSB) melalui kerjasama strategik bersama syarikat Nunha Co. akan melancarkan produk minuman kesihatan “Sharob Drink’. Lembaran Yadim Sdn.Bhd merupakan anak syarikat kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang menguruskan dan menjalankan beberapa perniagaan.

Manakala Nunha Co. adalah sebuah syarikat yang diasaskan pasangan selebriti Haris Ismail dan Neelofa yang mengeluarkan produk pakaian, kesihatan dan kecantikan.

Kerjasama ini merupakan satu langkah strategik bagi kedua-dua pihak untuk mengembangkan lagi cabang perniagaan khususnya dalam memasarkan produk minuman “Sharob Drink” ini kepada target pelanggan yang lebih luas.

Pemilihan lokasi pelancaran di YADIM adalah bersesuaian kerana bahan utama kandungan ramuan “Sharob Drink” ini adalah daripada makanan Sunnah seperti Kurma, Kismis, Prun, Saffron dan juga beberapa bahan yang lain seperti Multivitamin, Vitamin B kompleks, Astaxanthin, Daun zaitun dan sebagainya.

Memetik ucapan Pengarah dan Ketua Pegawai Eksckutif Nunha Co. En.Haris Bin Ismail, produk minuman Sharob ini selain daripada kandungannya yang memang berkhasiat, ianya juga boleh membantu diet individu kerana dengan pengambilan minuman Sharob ini, ianya boleh memberi rasa kenyang dan juga bertenaga.

Daripada pelancaran produk minuman Sharob ini juga, Pengerusi Lembaran Yadim Sdn.Bhd , Prof. Madya Dr. Adi Anuar Bin Azmin menzahirkan harapan yang besar agar kerjasama strategik di antara LYSB dan Nunha Co. ini akan terus maju jaya dan akan membuka peluang perniagaan bersama yang lain di masa akan datang.

Begitu juga dengan Pengurus Besar Lembaran Yadim Sdn.Bhd, En.Megat Hamzani Bin Megat Hamidi, beliau sangat yakin dan positif bahawa produk minuman Sharob ini boleh menembusi pasaran yang luas dan juga mencapai target sasar yang dikehendaki kedua-dua pihak LYSB dan juga Nunha Co.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat