Tolak Pengkhianat Yang Pernah Tumbangkan PH Melaka – Anthony Loke Bidas Tian Chua

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) tidak wajar menerima ‘pengkhianat’ yang pernah mengakibatkan kerajaan PH Melaka tumbang,” tegas Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke.

Beliau berkata demikian membidas pendirian Naib Presiden PKR, Tian Chua yang sanggup bekerjasama dengan mereka yang disifatkan ‘pengkhianat’ untuk meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Anthony mendesak PH menolak pemimpin yang pernah mengkhianati gabungan parti itu di Melaka sehingga mengakibatkan mereka tumbang di negeri itu.

Katanya, PH harus senada dengan DAP yang menyuarakan ketegasannya dengan menolak ‘pengkhianat’ parti melalui mesyuarat Majlis Presiden PH, malam tadi.

“PH mesti menolak pengkhianat dan DAP sudah membuat ketetapan yang tegas dan jelas melalui mesyuarat mengenai perkara ini,” katanya melalui Facebook, pada Khamis.

Beliau memberi maklum balas terhadap kenyataan Tian Chua bahawa PH perlu bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mampu membantu mereka mengembalikan kemenangan di Melaka seperti ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 2018 lalu.

Anthony berkata, kenyataan dibuat Tian Chua hanyalah pandangan peribadi dan sama sekali tidak melambangkan suara konsensus PH.

Sebelum ini, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sehingga menyebabkan DUN negeri itu dibubar pada 4 Oktober lalu.

Salah seorang mereka adalah ADUN Bebas, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang sebelum ini adalah pemimpin dalam DAP namun dipecat parti berikutan membuat keputusan menyokong gabungan politik baharu di negeri itu, sekali gus menyebabkan PH tumbang di Melaka.

Namun Norhizam bersama tiga lagi ADUN iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor Datuk Nor Azman Hassan menyatakan hasrat untuk bertanding atas tiket PH pada PRN Melaka, 20 November ini.

Pada masa sama, Anthony berkata kempen PH pada PRN Melaka kelak perlu berpaksikan kepada dasar dan rekod pentadbiran pakatan itu di bawah bekas Ketua Menterinya, Adly Zahari selama 22 bulan lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat