Razak tampil lagu ‘catchy’

- Advertisement -

Pernah disamakan dengan vokal penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan, bakat seni suara dikenali Razak A’ai yang berasal dari Kuching, Sarawak ini tampil semula dengan single terbaharunya berjudul Radio.

Razak yang sebelum ini dikenali menerusi single Aku Setia yang berentak balada, membuktikan bahawa dia juga mampu untuk menghasilkan karya yang lain daripada kebiasaan.

“Single yang ‘catchy’ dan rancak ini bakal memberikan nafas dan imej baharu dalam kepelbagaian potensi muzik saya.

“Lagu ini berkisar mengenai penyampaian rasa kasih, sayang dan rindu kepada seseorang itu melalui lagu yang dimainkan di radio.

“Perasaan saya amat gembira terutama apabila mendapat kerjasama daripada pihak ‘arranger’ muzik bagi single Radio ini dan dari pasukan saya sendiri, Todak Music dalam pengurusan perancangannya.

“Lebih utama, single Radio adalah lagu berkonsep ‘catchy’ pertama yang saya berusaha keluarkan sendiri,” katanya.

Razak yang bergelar penyanyi dan penulis lagu sepenuh masa di Todak Music berkata, dia cuba menghasilkan sesuatu yang berbeza untuk single Radio itu.

“Istimewanya lagi, single Radio ini mendapat sentuhan ‘mastering’ dan ‘mixing’ daripada jurutera ‘mastering’ terkenal dari Amerika Syarikat iaitu Randy Merrill dan pasukannya daripada Sterling Sound.

“Reputasi mereka ini tidak asing lagi dalam industri hiburan antarabangsa di mana hasil kerja mereka sudah mendapat kepercayaan daripada artis ternama luar negara seperti Bruno Mars, Taylor Swift, John Mayer, Nick Jonas, Paul McCartney dan ramai lagi.

“Kolaborasi bersama ini juga adalah salah satu inisiatif bagi Todak Music untuk lebih bergiat aktif dalam mencari sentuhan yang mampu memberi kualiti setaraf dengan nama besar dalam dunia nyanyian,” katanya.

Razak berkata, cita rasa muziknya dipengaruhi oleh lagu dari Faizal Tahir, Hael Husaini, Slam dan Alleycats.

“Untuk luar negara pula, saya banyak dengar lagu Jason Mraz, Bruno Mars, John Mayer dan banyak lagi.

“Sebenarnya banyak lagi penyanyi yang saya minati. Orang hebat seperti ini beri saya inspirasi dalam penulisan lagu,” katanya.

Razak meletakkan harapan supaya pendengar tempatan boleh menerima lagu genre ‘catchy’ seperti dihasilkannya untuk single Radio ini.

“Bagi saya genre single Radio ini lain sedikit dari lagu yang kita dengar di radio tempatan. Saya sendiri pun dah dapat komen daripada orang sekeliling berkenaan genre Radio ini.

“Setakat ini, komen yang saya dapat semuanya positif dan saya berharap supaya rasa penuh kebaikan dalam Radio kekal berpanjangan,” katanya lagi.

Razak yang mulanya menyanyi sebagai hobi, semakin serius dalam bidang nyanyian selepas mendapat galakan daripada rakan-rakannya.

“Ramai kata saya boleh menjadi penyanyi yang bagus. Jadi, saya mulakan perjalanan saya menjadi anak seni di kaki jalan secara ‘busking’, menyanyi di kafe, kedai makan serta majlis perkahwinan,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat