RMK-12 perlu jadikan SDG 2030 sebagai panduan- Mujahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 21 September- Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) perlu menjadikan Sustainable Development Growth (SDG) 2030 sebagai panduan bagi menjayakan hala tuju pembangunan negara selepas pasca pandemik.

Menurut Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, RMK-12 ketika ini sangat kritikal untuk menilai semula pelbagai komponen penting dalam merancangan kewangan dan pembangunan negara.

Malah, Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu juga berkata, hala tuju pembangunan negara 2021-2025 juga perlu menekankan ciri “High Growth, High Value” (HGHV) untuk peralihan model ekonomi bersih dan mampan.

Selain SDG, Sustainable Responsible Investment (SRI) serta elemen berasaskan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) juga penting bagi mencetuskan persekitaran perniagaan yang kondusif.

“Struktur ekonomi bersih dan hijau perlu dibangunkan bersama dan diperkukuhkan kerana sekian lama paradigma pertumbuhan dipacu oleh keinginan laba keuntungan materil tanpa menilai impak alam, manusia dan ketelusan.

“Sistem sokongan seperti bank dan pelabur perlu bergerak kearah risiko dan peluang berpandukan pelaporan impak alam, sosial dan ketelusan. Amalan BVI iaitu Base Value Investment perlu diperluaskan dan dibudayakan sehingga menjadi budaya korporat yang baru dikalangan pemain industri.

“Akhirnya matlamat melahirkan masyarakat yang aman, saksana dan inklusif adalah refleksi kepada kejayaan RMK-12.

“Untuk itu mengawal segala nilai yang kontra dengan mencapai hasrat di atas adalah sama penting dengan RMK-12,” katanya dalam kenyataan yang turut dikongsi di Facebooknya hari ini.

Mujahid yang pernah menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini juga berkata, sekiranya RMK-12 tidak selari dengan SDG, beliau bimbang pertumbuhan negara akan goyah.

“SDG Malaysia dipantau melalui National SDG Council dan kini berada dalam fasa ke-2 (2021-2025).

“Malaysia perlu meningkatkan komitmen mencapai agenda SDG 2030 kerana melalui SDG Report 2023, kedudukan Malaysia masih di tahap sederhana pada senarai 78 dari 193 negara.

“Pertumbuhan dalam RMK-12 mesti dipacu dalam kerangka SDG jika benar hasrat pembangunan mampan ingin dicapai. Tanpa pengukuhan SDG dalam RMK-12, hala tuju pertumbuhan negara seolah hilang arah dan mungkin tersasar dari landasannya,” ujarnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat