Murid sekolah dibenar pakai pakaian tradisi ketika aktiviti kebudayaan, kesenian – KPM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Murid-murid institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dibenarkan memakai pakaian tradisi mengikut kaum ketika menyertai aktiviti kebudayaan dan kesenian.

KPM dalam kenyataan hari ini berkata, ia adalah selaras Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 3/1984: Garis Panduan Mengenai Aktiviti-aktiviti Kebudayaan di Sekolah-sekolah, murid-murid dibenarkan untuk memakai pakaian tradisi yang bersesuaian dan sopan sewaktu menghadiri aktiviti kebudayaan dan kesenian.

“Merujuk kepada isu tular yang dilaporkan oleh beberapa portal berita, pihak sekolah terbabit telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan perbincangan bersama wakil ibu bapa dan murid-murid.

“Penambahbaikan kepada penganjuran aktiviti yang dirancang telah dilakukan oleh pihak sekolah dan isu yang berbangkit dapat diselesaikan dengan baik.

“Murid-murid sekolah terbabit dibenarkan untuk memakai pakaian tradisi mengikut kaum masing-masing dan pakaian tradisi kaum lain.

“Kebenaran juga diberi kepada murid-murid untuk memakai hiasan tambahan seperti gelang, rantai dan aksesori mengikut kesesuaian pakaian tradisi,” kata, kenyataan itu.

KPM juga sentiasa menggalakkan penglibatan murid-murid dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian yang bertujuan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat