Kenapa tolak berunding, malu apa Ketua Pembangkangku?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) sepatutnya bertanya kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengapa menolak rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengenai jumlah peruntukan yang bakal diterima Ahli Parlimen pembangkang.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi membangkitkan persoalan “malu apa Ketua Pembangkangku?” kepada Hamzah.

“Ahli Parlimen PN patut tanya Hamzah kenapa tolak perundingan.

“Yang penting dapat peruntukan. “Malu apa Ketua Pembangkangku”? soal Puad di Facebooknya.

Beliau menyatakan ‘simpati’ dengan ahli Parlimen pembangkang yang merayu peruntukan daripada Perdana Menteri.

“Kesian tengok gelagat Ahli Parlimen PN. Merengek dan terjerit jerit minta PM bagi peruntukan khas kepada ahli Parlimen pembangkang.

“Terdedah pekung di dada kerana duit peruntukan mahu digunakan untuk melawat orang mati dan menghadiri majlis perkahwinan.

“PM setuju bagi peruntukan setelah berunding dengan Hamzah selaku Ketua Pembangkang. Tetapi Hamzah menolak untuk berunding,” ujarnya.

Kata Puad lagi, sewaktu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob PM ke-9, Hamzah tidak bantah pun bila Ismail Sabri berunding dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Ketua Pembangkang.

“Sebab itu jangan bagi outright grant atau masuk ke akaun Pusat Khidmat YB Pembangkang. Takut ada yang guna, “Wallahi saya undi PAS”, katanya.

Pada 6 April lalu,tiga Ahli Parlimen PN telah dilantik untuk mengadakan rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengenai jumlah peruntukan yang bakal diterima Ahli Parlimen pembangkang.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiga Ahli Parlimen tersebut ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin.

“Kami telah ada tiga wakil daripada pembangkang untuk mengadakan rundingan yang dijangka diadakan dalam masa terdekat,” katanya.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, PN turut menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau tidak pernah menolak prinsip untuk memberi peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, namun ia perlu dimulakan dengan proses rundingan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat