Malaysia Beri Komitmen Pastikan Kanak-Kanak Negara Ini Dapat Pendidikan Sempurna

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Malaysia akan memberikan komitmen untuk menyokong, melibatkan diri serta bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan kanak-kanak di negara ini terus mendapat pendidikan bagi memastikan masa depan yang lebih baik.

Berucap di Transforming Education Summit (TES) 2022 di New York, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDG) merupakan satu tanggungjawab global dan Malaysia turut komited untuk melaksanakannya.

“Sebagai langkah ke hadapan, kami mengesahkan komitmen untuk menyokong, melibatkan diri dan bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan utama bagi memastikan tiada kanak-kanak yang ketinggalan.

“Mencapai Matlamat Pembangunan Lestari sememangnya merupakan tanggungjawab global dan bersama-sama kita komited untuk mengubah pendidikan bagi mewujudkan masa depan yang lebih baik untuk semua,” katanya.

TES diadakan bermula 16 hingga 19 September bertempat di New York, Amerika Syarikat. Ia memberi tumpuan kepada usaha untuk mewujudkan pendidikan terbaik kepada kanak-kanak global menerusi pelbagai kaedah yang bersesuaian.

Selain itu, tambahnya lagi, antara langkah transformasi utama yang dilakukan Malaysia termasuklah memperkenalkan konsep menyeluruh dipanggil ‘Sekolahku SEJAHTERA’ yang menggariskan 14 elemen.

Ia termasuklah, komponen Education for Sustainable Development (ESD) dan Global Citizenship Education (GCED) dalam kurikulum kebangsaan yang bertujuan memberi galakkan budaya keamanan tanpa kekerasan kepada pelajar sejak muda, kata Ismail.

Malah, katanya, Malaysia juga menekankan pembelajaran secara maya melalui Digital Educational LEarning Initiative Malaysia (DELIMa) yang membolehkan pelajar mempunyai kecekapan digital.

“Kami juga mewujudkan sistem data amaran awal untuk merancang intervensi serta mengurangkan kadar keciciran.

“Kami juga menggalakkan kurikulum Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta aktiviti ekstrakurikuler dalam usaha menyediakan pelajar pengalaman pembelajaran secara holistik,” ujarnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat