Google Pixel 10 Hadir ke Malaysia dengan CelcomDig

PETALING JAYA, 21 Ogos 2025 – Kehadiran Google Pixel 10 Series di Malaysia melalui CelcomDigi bukan sekadar pelancaran telefon pintar baharu, tetapi juga titik permulaan kepada cara baharu menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian.

Dikuasakan cip Google Tensor G5 yang digabungkan dengan Gemini AI, siri Pixel 10 membawa pengalaman peribadi ke tahap lebih pintar – daripada fotografi, produktiviti, hinggalah gaya hidup sihat.

Bagi mereka yang gemar merakam detik kehidupan, kamera Pixel 10 kini dilengkapi keupayaan AI untuk menghasilkan imej yang lebih natural dan menawan. Sama ada swafoto, gambar keluarga, mahupun pemandangan waktu malam, sistem kamera ini bijak mengoptimumkan cahaya serta butiran secara automatik.

Gemini AI bukan sekadar untuk menjawab soalan atau menterjemah bahasa. AI ini boleh membantu merancang jadual harian, memberi cadangan gaya hidup sihat berdasarkan data Fitbit, malah meringkaskan mesej panjang supaya anda lebih fokus pada perkara penting.

Menariknya, CelcomDigi menjadikan peranti ini lebih mudah dimiliki melalui Easy360 – bayaran ansuran 36 bulan tanpa faedah dengan RM0 upfront. Bagi pelanggan pelan Postpaid 5G 120 dan ke atas, terdapat penjimatan sehingga RM4,653 termasuk aksesori edisi khas Google x CelcomDigi seperti PixelSnap charger, casing premium dengan PixelSnap, serta pelekat koleksi.

Lebih Sekadar Telefon

Semua pra-tempahan turut hadir dengan Google One, YouTube Premium, Fitbit, dan perlindungan PhoneCARE selama dua bulan percuma – menjadikan Pixel 10 bukan sahaja telefon pintar, tetapi satu ekosistem perkhidmatan digital.

Pra-tempahan dibuka hingga 27 Ogos 2025 sahaja melalui laman rasmi CelcomDigi: https://cdlink.net/Pixel10.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat