KUALA LUMPUR — Umno tidak menolak kerjasama dengan 18 parti dalam Kerajaan Perpaduan bagi mengelakkan pertindihan dan menarik sokongan pengundi dalam menghadapi pilihanraya umum ke-16 akan datang.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian dalam ucapan yang meyebut mengenai 5 garis utama hala tuju baharu Umno dalam taklimat bersama perwakilan parti itu yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.
“Pertamanya kita mahu supaya kepimpinan umno di semua peringkat mengambil ibrah kemenangan di nenggiri di mana kerusi yang kita kalah kita telah dapat tebus semula. Negeri yang dikuasai pembangkang pun tak dapat pertahan kerusi itu.
“Ertinya jika ada telahan umno dah tak lagi relevan, ataupun ditolak oleh orang melayu, jelas kemenangan ini telah memberikan satu nada baharu dalam perjuangan kepimpinan umno di semua peringkat jika semua pihak bersatu hati menyusun dan menstrukturkan strategi dengan sebaik-sebaiknya dan berusaha bersungguh-sungguh insyaallah kejayaan pasti memihak kepada kita sebagaimana yang berlaku di Nenggiri,” katanya selepas sesi taklimat Presiden bersempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024.
Jelasnya bagi hala tuju kedua pula Umno perlu melakukan pendekatan yang bersesuaian mengikut landskap politik setempat dalam menghadapi Pilihanraya Kecil, Pilihanraya Negeri atau Pilihanraya Umum.
“Dan ketiganya soal prestasi kepada kerajaan di mana 7 menteri menteri dan 6 timbalan umno telah tunjuk prestasi yang baik.
“Bukan untuk bangga diri atau angkuh, tapi sekadar jelaskan kepada pereakilan bahawa kami bertujuh dan timbalan timbalan yang 6 apabila diberi amanah kita laksana sepenuhnya demi rakyat dan demi parti,” katanya.
Seterusnya Zahid berkata, hala tuju yang keempat pula adalah berkenaan pengisian kepada agenda ummah Umno sebagai sebuah parti rumpun melayu.
“kita terjemahkan agenda kita tanpa mengenepi lain-lain kump etnik, kaum, budaya bahasa. Sebaliknya dalam kita memperjuangkan agenda kita, usaha untuk santuni lain-lain kaum mesti berjalan mesti berjalan.
“Dan akhirnya kita melihat tahap kelima cukup penting kerana dalam tempoh tidak lebih daripada tiga tahun kita akan hadapi pru16.
“Saya setuju dengan pandangan rakan-rakan pimpinan dan ahli-ahli di akar umbi bahawa dalam pru akan datang kita harus tetap menggunakan lambang BN,” katanya.