Payah sangat nak minta ampun, sudah sampai masa Hamzah desak Muhyiddin berundur – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) peringkat Pusat dan PN Negeri Pahang dinilai memiliki pendirian bercanggah berkaitan kontroversi membabitkan Pengerusi gabungan pembangkang itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli MKT Umno, Datuk Puad Zarkashi mendesak agar posisi Muhyiddin segera diganti kerana didakwa sangat degil untuk memohon keampunan daripada Sultan Pahang.

“Kenapa bercanggah antara (Datuk Seri) Hamzah (Zainudin) dan (Datuk Seri) Tuan Ibrahim (Tuan Man)?

“Hamzah berkata Bersatu akan teliti dengan halus. Tapi Tuan Ibrahim kata semua Adun PN Pahang beri sokongan penuh kepada Tengku Mahkota Pahang yang mahu Muhyiddin disiasat.

“Pengerusi PN Pahang berhemah dan bersopan. Tetapi bos besar PN pula degil. Tengku Mahkota Pahang telah menyatakan kemurkaannya. Kenapa payah sangat Muhyiddin minta ampun,” bidas Puad.

Justeru Speaker DUN Johor itu mendesak agar Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah untuk mendesak Muhyiddin berundur.

“Tidak mungkin bekas PM dan masih bercita cita mahu jadi PM tidak boleh beradab dan mohon keampunan.

“Peliharalah Institusi Raja Melayu.

“Sampai masanya Hamzah mendesak Muhyiddin undur diri. Tidak perulah diteliti secara halus,” gesa Puad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat