Muhyiddin tidak bertatasusila, celupar – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung ucapannya semasa berkempen di Nenggiri baru-baru ini disifatkan sebagai celupar dan tidak bertatasusila.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keceluparan Muhyiddin memberi kesan sehingga Tengku Hassanal menzahirkan kemurkaan dan terkilan atas tindakan itu.

“Saya sangat menghormati kenyataan yang dibuat oleh Tengku Mahkota Pahang dan tentunya ia merupakan sesuatu yang harus dilihat sebagai kesan daripada keceluparan yang telah membangkitkan isu berkenaan.

“Mungkin orang itu (Muhyiddin) tidak menerima hakikat bahawa titah untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan itu adalah dengan niat Tuanku ketika itu bagi menyatu-padukan semua parti agar tidak lagi berlaku ketidakstabilan di dalam politik tanah air.

“Pada hemat saya sangat tidak bertatasusila,” katanya kepada media selepas menghadiri program pidato Piala Datuk Nurul Amal, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata demikian mengulas pertanyaan media mengenai kenyataan Muhyiddin yang mendakwa mendapat sokongan 115 Ahli Parlimen selepas Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) dan sepatutnya dipanggil oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ketika itu untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat