Ruffera “Da Bomb” di Mega Star Arena, kuala Lumpur

- Advertisement -

Buat peminat peminat Genre R&B dan Hip Hop pasti akan mengenali dengan kumpulan Ruffedge, Rindu terubat buat peminat Ruffedge apabila kumpulan itu telah mengadakan konsert “Ruffera That Moment In Time Live In Concert’ yang telah berlansung di Mega Star Arena, pada 29 Ogos lalu.

Pihak penganjur iaitu Yolo Malaysia telah menghimpunkan seramai 4,500 peminat setia mereka dan telah berkumpul di lokasi persembahan seawal jam 5 petang lagi, ini membuktikan yang Ruffeged terus relevan meskipun perubahan masa.

Alunan Vokal berharmoni Ruffedge di dalam konsert yang berdurasi 2 jam setenggah itu adalah “Hadiah” Ruffedge buat peminat yang sentiasa memberi sokongan kumpulan tersebut dalam bidang Seni selama ini.

Ruffedge yang bermula pada 1998, berjaya mengegarkan Mega Star Arena dengan lagu – lagu popular mereka, meskipun tidak selincah dahulu namun energi Cat Farish, Azan, Mode, Sein dan Zain sentiasa menjadi perhatian dan tarikan.

Sein  mewakili kumpulan Ruffedge turut berterima kasih dan mengakui tidak sangka dan amat terharu melihat sambutan dan sokongan peminat.

“Terima kasih kepada semua yang datang. Kami sebenarnya berbelah bahagi sama ada hendak teruskan konsert tahun ini atau tidak, memandagkan terlalu banyak festival dan konsert dianjurkan tahun ini. Namun, melihat sambutan diberi, kami hanya mampu memanjatkan kesyukuran atas rezeki yang ditentukan Allah ini”, ujar Sein.

“Kami tidak akan berhenti di sini. Insya-Allah, tahun depan ada sesuatu yang istimewa sedang kami susun buat anda semua, terima kasih sekali lagi”, tambahnya.

Ruffedge mendendangkan lebih 20 lagu. Selain Khayalan dan Bila Rindu, mereka turut menyanyikan lagu Tipah Tertipu, Da Bomb, Tiada Lagi Cinta, Hari Ini Dalam Sejarah, Belenggu, Matinya Sebahagian Jiwa, Belenggu, Ayu dan banyak lagi.

Malah, setiap anggota kumpulan itu menyanyikan lagu solo rentetan kejayaan pada Konsert Ruffera di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) di sini, tahun lalu.

Fanatika Ruffedge tidak berganjak daripada pentas sehingga memaksa mereka menyampaikan dua lagu ‘killer’ iaitu Khayalan dan Bila Rindu. Ini membuktikan aura kumpulan ini dapat dirasai oleh setiap peminat yang hadir dan faktor umur bukanlah alasan untuk memberi persembahan yang menakjubkan.

Selain Ruffedge kumpulan itu turut mengundang beberapa penyanyi lain antaranya DJ Uno, Distorted, Jboy, Zeppo dan tidak ketinggalan, Lah Ahmad.  Persembahan Ruffedge dipimpin oleh Datuk Acis yang bertindak selaku Pengarah Muzik.

Untuk info Konsert Ruffera That Moment In Time ini adalah kesinambungan kejayaan Ruffedge berjaya menawan hati peminat di Singapura yang telah menampilkan DJ Uno, 24 Jun lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat