Pelacur politik, jawab Nazri Aziz

- Advertisement -

KUALALUMPUR – Mereka yang tewas beberapa kali di satu-satu kawasan dan berusaha bertanding di kawasan baru yang lebih selamat itu sebenarnya pelacur politik, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kenyataan itu dibuat untuk menyanggah kenyataan Presiden MIC, S.A. Vigneswaran yang melabelkan beliau sebagai pelacur politik.

Katanya, beliau tidak pernah melacur kerana telah enam penggal menang di Padang Rengas dan tidak pernah cuba untuk mencari tempat baru yang lebih selamat.

“Saya ada dengar orang yang sudah kerap kali kalah di Kota Raja sekarang sedang berusaha mahu bertanding di Sungai Siput.

“Orang macam ini lah sebenarnya pelacur politik, sudan ditolak pengundi tetapi masih tidak sedar diri.

“Jenis yang kalah beberapa kali di satu-satu tempat dan mengintai peluang tempat lain bukan setakat pelacur tetapi juga pengecut kerana lari dari kawasan.

“Pada saya kenyataan yang dibuat oleh Vigneswaran itu bukan lagi menampakkan MIC seperti pengemis tetapi menunjukkan dia seorang presiden yang tidak ada otak

“Lebih baik hanya jadi ketua bahagian di Padang Rengas dan menang enam penggal PRU berbanding jadi presiden sebuah parti tetapi kalah dua tiga kali dan sedang melacur untuk dapatkan tempat lain,” katanya kepada Suara TV

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri mengakui bahawa beliau sebelum ini melawan keputusan parti tetapi menegaskan tindakannya itu telah terbukti menguntungkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Tegas beliau, dengan tindakannya melawan keputusan parti itu lah, perdana menteri yang ada hari ini datangnya dari UMNO dan BN, bukan parti lain.

“Dengan tindakan soya itu juga, setiausaha agung UMNO yang memberikan surat tunjuk sebab kepada saya, sekarang ini beliau dan presidennya turut menyokong perdana menteri sedia ada.

“Ini buktinya apa yang saya lakukan menguntungkan parti bukan merugikan dan melemahkan parti menjadi seperti pengemis.

“Presiden MIC itu perlu sedar bahawa 16 orang ahli parlimen yang engkar arahan parti itu termasuk Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kini merupakan perdana menteri.

“Apakah sebenarnya Vicky mahu kata perdana menteri kita sekarang ini pelacur politik,” katanya lagi.

Menurut Mohamed Nazri, Presiden MIC itu sepatutnya memberi penjelasan kepada masyarakat India tentang Mitra yang hingga kini masih tidak ada jawapan jelas.

Katanya, jika Presiden MIC gagal memberi penjelasan tentang Mitra, masyarakat India tidak akan memberi sokongan kepada MIC dan BN.

“Mitra adalah usaha kerajaan untuk membantu masyatakat India tetapi hingga hari ini isu tersebut tidak dapat dijawab oleh MIC.

“Isu ini yang menyebabkan masyarakat India hilang keyakinan terhadap MIC dan BN hingga sanggup menyokong parti lain seperti Pakatan Harapan,” ujar beliau.

Selain itu, Mohamed Nazri turut mengingatkan peruntukan kerajaan yang diberikan kepada MIC untuk menyediakan kursus kepada masyakat India selepas COVID-19.

“Isu ini juga sedang diperkatakan oleh masyakat India dan khabarnya sudah dalam siasatan kerana duit sudah habis tetapi satu apa kursus pun tidak dijalankan.

“Sudah lah isu Mitra sampai sekarang tidak boleh nak beri penjelasan, isu ini pula yang perlu dijawab,” katanya.

Menyanggah hujah Vigneswaran tentang kemenangan MIC dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini, Mohamed Nazri menyifatkan presiden MIC itu berada dalam dunia khayalan.

Jelas beliau kemenangan yang diperolehi itu kerana sokongan orang Melayu terhadap UMNO bukan disebabkan kehebatan MIC.

“Mereka menang di kerusi yang majoriti pengundinya orang Melayu jadi menang lah sebeb orang Melayu kembali menyokong UMNO.

“Bila parti komponen BN bertanding, orang Melayu beri undi sebab anggap ini kawan UMNO.

“Kalau hebat sangat sepatutnya MIC minta kerusi-kerusi yang majoritinya pengundi India, kalau menang baru boleh kata masyarakat India sudah kembali menyokong MIC,” katanya.

Pada Sabtu, Vigneswaran berkata partinya tidak risau dengan kenyataan Mohamed Nazri yang menyifatkan MIC sebagai pengemis yang menang dalam pilihan raya atas ihsan UMNO.

Malah beliau juga dipetik Malaysiakini sebagai berkata lebih baik menjadi pengemis daripada pelacur politik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat