‘Macam pertembungan dua benua’

- Advertisement -

BAIK Akim & The Majistret atau Azlan & The Typewriter, masing-masing mempunyai populariti tersendiri dalam kalangan peminat.

Justeru, tidak menghairankan apabila kedua-dua nama besar ini digandingkan dalam satu konsert istimewa dinamakan Konsert Nyawa pada 16 September ini di Zepp KL, Kuala Lumpur.

Konsert anjuran Khatulistiwa Productions yang diadakan pada Hari Malaysia itu akan menjadi medan buat Akim dan Azlan menampilkan kehebatan mereka selepas agak lama tidak beraksi dalam konsert berskala besar.

Akim Ahmad, 31, berkata, Konsert Nyawa memberi peluang kepada kumpulannya untuk beraksi secara lebih ekspresif, namun menepati bunyi asal yang menjadi identiti mereka.

“Zepp KL adalah dewan konsert dinamik yang memberikan kami lebih kebebasan untuk membuat persembahan kepada khalayak peminat.

“Akim & The Majistret akan mempersembahkan pelbagai lagu ‘original’, ‘cover version’ dan lagu patriotik untuk menghiasi hari istimewa ini.

“Ini juga konsert pertama saya selepas lama tak beraksi. Untuk itu saya merujuk kepada isteri saya, Stacy yang menyimpan buku nota ketika kami sama-sama terbabit dalam program Akademi Fantasia (AF),” katanya.

Menurutnya, dia gembira kerana buku ini mengandungi tip berguna daripada tenaga pengajar buat mereka sebagai peserta AF.

 

AZLAN (duduk) anggap Konsert Nyawa bakal menjadi persembahan yang mengujakan.- FOTO Owee Ah Chun
AZLAN (duduk) anggap Konsert Nyawa bakal menjadi persembahan yang mengujakan.- FOTO Owee Ah Chun

 

“Saya ditawarkan terbabit untuk Konsert Nyawa pada awal Julai dan berfikir lama juga sebelum bersetuju kerana gabungan ini berbeza.

“‘Range’ vokal kami juga berbeza apabila Azlan mempunyai ‘range’ vokal tenor, manakala saya ‘range’ vokal baritone. Jadi macam dua benua bertemu dalam satu titik. Ia satu konsert yang pada saya unik. Apabila difikir semula, kita belum ada lagi konsert sebegini. Jadi saya ambil peluang sekurang-kurangnya dapat melakar sejarah,” katanya.

Sementara itu, Azlan, 40, berkata, walaupun mempunyai ‘range’ vokal berbeza, ia akan menjadi persembahan yang sangat mengujakan.

“Rangkaian vokal kami saling melengkapi, begitu juga pemuzik kami yang berbakat dan berpengalaman dalam muzik.

“Setiap daripada kami akan mempersembahkan 10 lagu dan kami akan mula berlatih dua minggu sebelum konsert berlangsung,” katanya.

Penerbit Konsert Nyawa, Carl Selvarajah berkata, dia gembira apabila penjualan tiket boleh dianggap sangat memberangsangkan.

“Zepp KL adalah tempat yang ideal untuk konsert rock dan selepas pembukaan dengan Konsert Endemik Search, ia sentiasa mahukan generasi seterusnya rocker negara untuk membuat persembahan di sana.

“Saya melihat fenomena sekarang penganjur berlumba-lumba untuk anjurkan konsert rock di lokasi ini kerana prestijnya. Kami memilih Akim & The Majistret dan Azlan & The Typewriter kerana mereka sudah memenangi anugerah serta sangat popular dalam kalangan peminat rock muda,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat