HONOR tetapkan standard baru servis selepas jualan untuk telefon boleh lipat di Malaysia

Dalam landskap teknologi mudah alih yang pantas berubah, kualiti perkhidmatan selepas jualan kini menjadi faktor utama dalam menentukan kesetiaan pengguna. HONOR, peneraju peranti pintar global, mengambil langkah berani dengan memperkenalkan satu pendekatan servis yang menyeluruh dan tersuai untuk peranti boleh lipat terkini mereka HONOR Magic V5 sekali gus menetapkan penanda aras baharu bagi industri telefon pintar.

Dengan kebimbangan pengguna terhadap kos pembaikan skrin telefon boleh lipat yang mencecah ribuan ringgit, HONOR tampil dengan penyelesaian berani, satu pelan perlindungan yang komprehensif dan berorientasikan pengguna. Melalui Polisi Perlindungan Retak Tanpa Bimbang 1 Tahun, pengguna layak menerima satu penggantian skrin dalam dan luar secara percuma (dengan hanya bayaran upah RM60) sekiranya berlaku kerosakan akibat terjatuh, tekanan atau pelanggaran tidak disengajakan.

Tambahan pula, Pelan Jaminan Kualiti 2 Tahun turut disediakan, meliputi sebarang kerosakan skrin akibat isu pengilangan seperti kebocoran paparan atau garisan hijau satu penawaran yang sangat jarang ditemui dalam pasaran telefon boleh lipat hari ini.

Dalam memastikan pengguna tidak menunggu lama untuk baik pulih, HONOR kini memiliki 14 pusat servis di seluruh Malaysia yang bersedia untuk membaiki skrin peranti boleh lipat secara terus di lokasi. Ini bermaksud pengguna tidak lagi perlu menunggu berhari-hari untuk penghantaran balik ke pusat pembaikan utama satu langkah yang memendekkan masa pembaikan dan meningkatkan kepuasan pelanggan.

Lebih menarik, staf di pusat servis HONOR dilatih khusus untuk mengendalikan peranti boleh lipat dan menggunakan peralatan khas untuk memastikan proses pembaikan selamat, tepat dan mengikut piawaian kualiti tertinggi.

Di sebalik perlindungan servis yang mantap, HONOR Magic V5 turut direka dengan struktur skrin tahan lasak. Dengan perlindungan tiga lapis  termasuk bahan sokongan gred aeroangkasa dan teknologi bendalir bukan Newtonian yang menyerap hentakan HONOR menunjukkan bahawa servis cemerlang harus bermula dengan produk yang direka untuk bertahan lebih lama.

Langkah berani HONOR ini bukan sahaja menyampaikan nilai praktikal, tetapi juga memperkukuh kepercayaan antara jenama dan pengguna. Ia menandakan satu era baharu di mana pengguna telefon boleh lipat bukan sahaja menikmati teknologi canggih, tetapi juga dilindungi oleh rangkaian servis yang telus, mudah dicapai dan mesra pengguna.

Pra-tempahan HONOR Magic V5 kini dibuka hingga 24 Julai 2025, dengan hadiah eksklusif bernilai RM3,497 termasuk Harman Kardon Onyx Studio 9 dan akses penuh kepada pelan Perlindungan Retak Tanpa Bimbang 1 Tahun serta Jaminan Kualiti 2 Tahun. Tawaran ini bukan sekadar ganjaran, tetapi satu bentuk komitmen HONOR terhadap pengalaman pengguna yang menyeluruh.

Untuk maklumat lanjut mengenai pusat servis HONOR atau perlindungan peranti Magic V5, layari laman rasmi di www.honor.com/my.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat