“SPRM Belum Panggil Tapi Tajuk Berita Sanusi Disiasat”

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menganggap tajuk berita ‘Sanusi disiasat SPRM’ sebagai naratif jahat yang cuba merosakkan imej beliau.

Jelas Sanusi, beliau belum dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk sisatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan perlombongan haram unsur nadir bumi (REE) di negeri itu.

“Naratif jahat. Berita ‘Sanusi disiasat SPRM’ dan hebahan beritanya mendahului proses.

“Setakat ini belum ada lagi pegawai SPRM datang jumpa atau panggil saya untuk menyiasat kes REE. Tidak ada,” tegasnya dalam kenyataan, semalam.

Sanusi mempersoalkan tindakan kerajaan adakah mencari kebenaran atau merosakkan imejnya?

“Tapi hebahan dan berita telah tersebar sejak 2-3 hari lalu… bukankah kelihatan pelik dan janggal perkembangan ini?

“Nak cari kebenaran dan menegakkan undang-undang atau nak rosakkan imej?

“Saya rasa tujuan sebenar mereka ialah nak merosakkan kredibiliti saja untuk cari untung buat modal PRN. Salah atau betul belakang kira. Madani ka madanon? Soal beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat