SM St. Michael sekolah pertama di Sabah, terima perpustakaan digital – YBR

- Advertisement -

PENAMPANG — Sekolah Menengah St Michael menjadi sekolah yang pertama di Sabah mempunyai Perpustakaan Digital apabila memiliki 100,000 kandungan digital yang terdapat di pangkalan data ‘Sir Corner YBR’ (Yayasan Bank Rakyat).

Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang berkata, informasi yang berasaskan 80% bahan bacaan digital dan 20% bahan bacaan fizikal yang meliputi jurnal, buku-buku ilmiah, fiksyen, majalah, akhbar dalam dan luar negara membuka peluang pendidikan tanpa batasan.

Philip berkata, beliau amat teruja dengan inisiatif yang dijalankan bagi meningkatkan prestasi pendidikan serta akademik murid sekolah khususnya mereka yang berada di sekitar Penampang.

“YBR sentiasa menyokong agenda pendidikan negara dan program sebegini mampu memberikan impak yang tinggi kepada pencapaian pelajar yang bakal menduduki peperiksaan akan datang serta memberi manfaat kepada semua yang terlibat.

“Selain menaja program kecemerlangan, YBR juga turut melancarkan Sir Corner bagi memudahkan perkongsian maklumat melalui koleksi bahan-bahan bacaan digital yang bersesuai dengan komuniti setempat,” jelasnya.

Sir Corner di bawah Perpustakaan Serambi Ilmu Rakyat (SIR) merupakan inisiatif yang telah dijalankan sejak tahun lepas yang bertujuan menyediakan satu ruang yang dilengkapi dengan set komputer, meja dan 50 keahlian E-Perpustakaan.

Philip menambah kandungan di dalam pangkalan data SIR Corner menjadikan perpustakaan digital ini sebagai sebuah hab pendidikan tanpa sempadan.

“Bantuan yang disalurkan kepada pihak sekolah ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah meneruskan aktiviti pendidikan yang telah dirancang sepanjang tahun untuk membantu pelajar-pelajar serta dapat mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan biasa sehingga ke peperiksaan sebenar.

“Secara tidak langsung inisiatif YBR ini dapat meningkatkan lagi prestasi sekolah ini,” katanya.

Jelasnya lagi, usaha ini juga menjadi salah satu strategi YBR dalam membantu masyarakat di Malaysia terutamanya dalam bidang pendidikan, baik di bandar mahupun di luar bandar.

Upacara gimik penyerahan Sir Corner dan perasmian perlancaran Program Kecemerlangan Dan Kelas Bimbingan Butiza ini telah disempurnakan oleh Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang di Dewan SM St. Michael, Penampang.

Turut hadir dalam sesi penyampaian ini adalah Pengetua SM. St. Michael, Jennifer Asing, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani, Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat