Malaysia dapatkan kepakaran Iran pertanian pintar iklim -Mohamad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia melalui Jabatan Pertanian (DOA) ingin mendapatkan kepakaran Iran mengenai pertanian pintar iklim (Climate Smart Agriculture – CSA).

Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu pertanian pintar ini melibatkan penggunaan teknologi pengurusan air pengairan yang cekap (Alternate Wetting and Drying – AWD) untuk pengeluaran beras dalam menghadapi kawasan kekurangan air.

“Sebagai timbal balik, Malaysia sedia berkongsi dan bertukar pengalaman dengan Iran dalam usaha untuk terus memastikan akses makanan kepada rakyat adalah terjamin.

“Saya juga ingin menekankan bahawa Malaysia sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pelaburan ke dalam sektor pertanian negara ini,” kata Mohamad dalam kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu beliau mengalu-alukan kunjungan delegasi Iran ke Malaysia.

“Saya ingin mengucapkan selamat datang ke Malaysia dan Kementerian ini kepada Dr. Dr. Mojtaba Khayam Nekouei, Timbalan Menteri dan Pengarah Pertubuhan Penyelidikan, Pendidikan dan Pengembangan Pertanian (AREEO), Kementerian Pertanian Republik Islam Iran, Ali Asgar Mohammadi, Duta Besar Republik Islam Iran di Malaysia, dan delegasi,” ucapnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat