PRN: BN Tanding 108 Kerusi DUN Di Enam Negeri, 62 Peratus Calon Muka Baru

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) mengumumkan 108 calon yang akan bertanding pada pilihan raya di enam negeri bulan depan.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah tersebut merangkumi 62 peratus muka baharu, 18 peratus penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pernah bertanding (20 peratus).

“Daripada 245 kerusi DUN yang dipertandingkan di enam negeri (PRN), BN meletakkan 108 calon yang terdiri daripada muka baharu, pernah bertanding, yang kalah dan tawarkan diri semula.

“Calon-calon ini ada kesinambungan muka baharu dan lama, tidak dilupakan ramai calon dari (sayap) Wanita, Pemuda dan Puteri,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon BN PRN ke-15 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Jumaat. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat