Pahang Sasar 12 Lagi PBS Dalam Tempoh Dua Tahun

- Advertisement -

KUANTAN – Sebanyak 12 lagi pasukan bomba sukarela (PBS) bakal ditubuhkan di Pahang dalam masa dua tahun akan datang.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun berkata, sasaran itu adalah realistik berdasarkan faktor demografi di negeri ini.

“Buat masa sekarang, kita sudah ada 30 PBS yang aktif di seluruh Pahang.

“Mereka ini yang banyak membantu pasukan bomba dalam melakukan kerja awal seperti operasi memadam kebakaran sebagai contoh.

“Tapi, jumlah ini belum dapat memberikan bantuan dengan berkesan jadi saya fikir kalau kita boleh tambah lagi 12 pasukan (PBS) menjelang 2025, ia akan sedikit sebanyak membantu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penyerahan geran PBS di ibu pejabat bomba Pahang, Indera Mahkota, hari ini.

Sebanyak 30 wakil PBS Pahang menerima geran RM3,000 sumbangan kerajaan Pusat dan RM2,000 daripada kerajaan negeri dalam majlis itu.

Turut hadir Pengarah Bomba Pahang, Datuk Ir Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa.

Dalam pada itu, Johari memaklumkan, terdapat tujuh PBS di Pahang yang tidak aktif atas beberapa faktor.

Katanya, antara faktor itu adalah pertukaran pengerusi atau pengasas pasukan yang sudah bersara atau berusia.

“Perkara ini juga kita akan teliti bagi mengetahui punca mereka tidak lagi aktif.

“Jadi saya akan duduk berbincang dengan pengarah bomba Pahang dan melihat perkara ini dan cuba mencari jalan penyelesaian,” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat