Email duta besar AS diceroboh penggodam China

- Advertisement -

WASHINGTON — Akaun emel Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke China, Nicholas Burn diceroboh oleh penggodam yang dikaitkan dengan Beijing dalam satu operasi perisikan yang mungkin menjejas ratusan ribu emel kerajaan AS.

Akhbar Wall Street Journal (WSJ) semalam melaporkan, Daniel Kritenbrink, penolong setiausaha negara untuk Asia Timur juga telah digodam dalam operasi pengintipan yang didedahkan awal bulan ini oleh Microsoft.

Menurut laporan itu juga, Jabatan Negara enggan memberikan sebarang butiran dan berkata siasatannya terhadap operasi pengintipan itu sedang dijalankan.

Sebelum ini, Kritenbrink ditanya pada pendengaran kongres mengenai dasar AS China sama ada dia boleh menolak bahawa e-melnya atau kakitangannya disasarkan dalam penggodaman Microsoft.

“Saya tidak boleh mengulas mengenai siasatan yang sedang dijalankan oleh FBI, tetapi tidak, saya tidak akan menolaknya,” kata Kritenbrink.

Diberitakan kedutaan China di Washington tidak mengulas mengenai laporan itu, tetapi Kementerian Luar Negeri China sebelum ini menyatakan tuduhan terdahulu sebagai ‘salah maklumat’.

Microsoft berkata minggu lalu bahawa penggodam China menyalahgunakan salah satu kunci digitalnya dan menggunakan kesalahan tersebut dalam kodnya untuk mencuri emel daripada agensi kerajaan AS dan pelanggan lain.

Dalam pada itu syarikat tersebut juga tidak membuat sebarang kenyataan mengenai laporan WSJ.

Namun m, Microsoft dalam satu kenyataan pada Khamis, pihaknya menerima kritikan itu.

Minggu lalu, jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih, Adam Hodge berkata pencerobohan dalam keselamatan Microsoft telah menjejaskan sistem tidak berperingkat.

“Pegawai segera menghubungi Microsoft untuk mencari sumber dan kelemahan dalam perkhidmatan awan mereka,” kata Hodge.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat