Sanusi Takkan Diganti Kerana Banjir Di Baling – PAS Kedah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Khabar angin kononnya posisi Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Menteri Besar Kedah impak daripada banjir Baling adalah tidak benar sama sekali.

PAS Kedah menafikan dakwaan berlaku sebarang usaha bagi menggantikan Menteri Besar Kedah sebaliknya akan mencadangkan beliau dikekalkan menjawat jawatan itu.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yahaya, berkata sebarang tindakan menukar Sanusi ketika ini adalah tidak mempunyai asas selepas beliau berjaya memimpin pentadbiran negeri termasuk menarik begitu banyak pelaburan baharu ke Kedah.

Jelasnya, dakwaan bahawa terdapat usaha menukar Menteri Besar dengan pemimpin PAS lain dianggap hanya sekadar khabar angin dan dilakukan pihak yang cuba mencipta persepsi sahaja.

“Kami tidak pernah berbincang langsung isu menukar Menteri Besar dan saya tidak ada maklumat berhubung perkara itu. Jika dikait isu bencana di Baling sehingga mahu menukar Menteri Besar, kami melihat Muhammad Sanusi dan kerajaan negeri sedang berusaha bersungguh-sungguh membantu rakyat di sana.

“Perkara ini tiada asas, yang ada cuma andaian yang dibuat. Maka yang berlaku timbul persepsi yang lebih kepada untuk hangatkan sembang-sembang di kedai kopi sahaja,” katanya lapor BH di Alor Setar.

Ketika ini, timbul khabar angin mengatakan Menteri Besar Kedah akan ditukar selepas dilihat gagal menguruskan bencana banjir yang berlaku di Baling sehingga dikatakan Muhammad Sanusi mengarahkan pejabatnya di Wisma Darul Aman dikemas.

Mengulas lanjut, Ahmad menegaskan kepemimpinan PAS Kedah akan terus mempertahankan Sanusi yang mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi menerajui negeri sejak Mei 2020.

“Saya sendiri turun beberapa kali ke lokasi bencana (di Baling) dan melihat penduduk tersenyum apabila menerima bantuan daripada pelbagai pihak terutama kerajaan, jadi bagaimana dikatakan prestasi Muhammad Sanusi menguruskan bencana tidak cekap.

“Dalam isu pelantikan Menteri Besar, apabila PAS memiliki nombor (bilangan kerusi) yang cukup, adalah menjadi hak PAS Pusat mencadangkan siapa berkelayakan menjadi Menteri Besar dan bukannya pihak lain,” katanya.

Dalam kejadian bencana 4 Julai lalu, seramai lebih 800 penduduk di Kupang terjejas selepas berlakunya banjir dan kepala air Gunung Inas yang turut mengakibatkan tiga nyawa terkorban.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat