Harga Diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai julai

BINTULU – Harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia akan diturunkan kepada RM2.10 seliter bermula Julai ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, penurunan harga diesel itu akan dilaksanakan secara seragam di seluruh negara melalui penggunaan MyKad.

Menurut beliau, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan MADANI memastikan hasil reformasi, pelaburan dan pertumbuhan ekonomi negara dikembalikan kepada rakyat.

“Tatkala dunia masih bergelut dengan krisis bekalan global, Kerajaan MADANI memilih untuk memastikan hasil reformasi, pelaburan dan pertumbuhan ekonomi negara dipulangkan semula kepada rakyat melalui penurunan harga diesel bersubsidi ini,” katanya.

Anwar berkata, dalam masa sama kerajaan akan mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.

Beliau berkata pengumuman lanjut berkaitan mekanisme serta pelaksanaan subsidi diesel akan diperincikan oleh Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan memaklumkan penurunan harga diesel bersubsidi itu akan dilaksanakan menerusi pembaharuan penyasaran subsidi diesel menggunakan mekanisme pengesahan MyKad bagi memastikan bantuan disalurkan terus kepada rakyat yang layak.

author avatar
Muhammad Hasif
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat