Kuatkan BN bukan ‘cukup makan’ dengan menumpang PKR, DAP – Zaid Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno dinasihatkan berfikir untuk kelangsungan dan pengukuhan parti bukan sekadar ‘menumpang’ parti sekutu PKR dan DAP.

Bekas Menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim mendesak Umno memperkasa parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) berbanding berjuang mati-matian untuk Pakatan Harapan (PH) yang dianggap sebagai strategi jangka masa pendek.

“Umno semalam mesyuarat MKT bukan main lagi bersusah payah beritahu mereka akan mengembeleng tenaga seluruh jentera di utara untuk menolong PKR menang pilihan raya Sungai Bakap.

“Saya pun peliklah Umno ini dia sungguh-sungguh yang nak tolong PKR menang itu buat apa? Dia (Umno) nak tumpang PKR pilihan raya depan, sorry lah.

“Umno sepatutnya beri tumpuan memperkukuhkan BN, biar dia kuat, biar MCA dan MIC kuat barulah ada peluang sedikit
kalau nak menumpang PKR, DAP sahaja sejauh mana kamu boleh pergi?

“Berapa jauh kamu boleh pergi dengan PKR dan DAP? soal Zaid dalam video di TikTok.

Dakwa Zaid lagi, DAP sekarang bukan lagi parti rule of law.

“… DAP parti jual nombor plat kereta sahaja.

“PKR dah haramkan perhimpunan aman di tempat awam ini katanya nak jatuhkan kerajaan, ini semua parti songsang.

“Buat apa Umno sungguh-sungguh ni? Kuatkan diri sendirilah, mentang-mentang dalam kerajaan, ini adalah short term.

“Janganlah fikir jangka masa pendek, fikir jangka masa panjang,” pesan Zaid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat