BN sedia tawan DUN Nenggiri sebagai parti ‘underdog’ – Zahid

- Advertisement -

PUTRAJAYA — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu berada dalam kedudukan ‘underdog’ untuk merampas kerusi DUN Nenggiri daripada Perikatan Nasional sekiranya berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK).

Namun beliau berkata pihaknya akan menanti keputusan mahkamah terlebih dahulu sebelum memutuskan calon bagi kerusi tersebut.

“Kita menghormati keputusan speaker DUN Kelantan, kita juga harus menghormati bahawa perkara ini telah dibawa ke mahkamah, namun kami berpendapat bahawa ianya harus diputuskan oleh mahkamah terlebih dahulu.

“Oleh kerana kekalahan kita hanya lebih sedikit 800 sahaja, kalau ada PRK maka pastinya kawasan ini kita adalah underdog.

“Namun kita harus bersedia (bertanding) jika mahkamah memutuskan Pilihan raya kecil ini patut diadakan dan setakat ini kita siapsiaga termasuk menggerakkan jentera di peringkat lokaliti,” katanya selepas Pertemuan Khas Bersama Peserta & Penganjur Mid Season Cup MLBB 2024 – Moonton Games Malaysia, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata pihaknya juga sedia berunding untuk memberi laluan kepada Mohd Azizi mewakili kerajaan perpaduan dalam PRK tersebut memandangkan wakil rakyat itu kini bersama kerajaan.

“Saya fikir pendirian kami ialah di mana mana tempat yanh ada PRK penyandang itu jika datang daripada parti komponen dalam kerajaan madani ini, kita berikan keutamaan, PRK yang berlaku di banyak tempat kami berterima kasih kerana calon calon BN dibantu juga oleh jentera Kerajaan perpaduan dan inilah yang sedang kami lakukan di Sungai Bakap dan tidak mustahil untuk dilakukan di Dun Nenggiri,” katanya.

Rabu lalu Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah mengisytiharkan kerusi Nenggiri kosong berkuat kuasa serta-merta selepas menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan mengenai status Azizi yang terhenti keahlian dalam parti.

Keahliannya bersama beberapa Ahli Parlimen dan Adun Bersatu menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhenti selepas gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi untuk menzahirkan ikrar taat setia.

Bagaimanapun, Azizi berkata beliau akan membawa perkara itu ke mahkamah yang mungkin menyebabkan proses pengosongan kerusi memakan masa.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat 28 Jun ini untuk membincangkan pelaksanaan PRK DUN Nenggiri

Terdahulu Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong bermula Rabu lalu.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan menerima satu notis bertulis daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 13 Jun lalu.

Mohd. Azizi Abu Naim kemudiannya menyatakan bahawa beliau akan memohon injunksi mahkamah selepas keputusan yang dibuat oleh DUN Kelantan itu

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat