Berarak Iring Keranda: Polis Tahan 11 Individu Di Butterworth

- Advertisement -

BUTTERWORTH: Polis Pulau Pinang telah menahan 11 lelaki yang dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dengan berarak mengiringi sebuah keranda di Jalan Tiram, di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua mereka yang berusia antara 15 hingga 35 tahun itu ditahan bermula jam 8 hingga 10 malam tadi di sekitar Mak Mandin, di sini.

Tangkapan dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas terdiri daripada anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Noorzainy berkata, hasil soal siasat kesemua mereka mengaku berada di lokasi kejadian dan terlibat dalam perarakan mendiang rakan mereka.

“Kesemua suspek mengaku terlibat dalam perarakan kematian (ahli) kumpulan mereka di Jalan Siram Butterworth seperti yang tular di media sosial hari ini,” kata Noorzainy dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, suspek akan direman di Mahkamah Butterworth esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1969 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Peraturan 9 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu tular video yang memaparkan sekumpulan individu berarak dengan sebahagiannya menari, bermain gendang dan membawa sepanduk ketika mengiringi mayat yang diusung di dalam keranda.

Kumpulan itu dipercayai membawa mayat dari Teluk Air Tawar ke tempat pembakaran mayat di Jalan Tiram dengan menaiki kenderaan sebelum mula berarak sejauh kira-kira 500 meter dari tempat pembakaran tersebut.

Susulan itu polis telah membuka kertas siasatan berhubung perkara berkenaan dan melancarkan gerakan mengesan kumpulan terbabit yang dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat