Tamatkan Drama Sengketa Politik MCA dan DAP, Fokus Isu Rakyat – Nurul

- Advertisement -

CYBERJAYA – Exco Wanita UMNO Malaysia, Dato’ Nurulhidayah Ahmad Zahid menyeru agar polemik politik membabitkan MCA dan DAP dihentikan segera demi memelihara kestabilan Kerajaan Perpaduan serta memberi tumpuan kepada isu lebih mendesak seperti ekonomi, pendidikan dan perpaduan nasional.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial, Nurulhidayah – yang juga anak kepada Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – menegaskan bahawa perbezaan pendapat antara parti komponen kerajaan adalah sesuatu yang normal dalam sistem demokrasi.

“Berbeza pandangan tidak bermaksud berpecah. Itu adalah tanda sistem demokrasi yang sihat, selagi dasar kerajaan tetap berjalan dan rakyat terus dibela,” katanya.

Mengulas mengenai kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-15, beliau menyifatkan keputusan BN untuk bergabung dengan PH sebagai langkah berani dan rasional demi kestabilan negara, bukan kerana tamakkan kuasa.

“Tanpa gabungan, politik negara akan lebih bergolak. BN sanggup ketepikan sejarah perbezaan demi rakyat,” tambahnya lagi.

Beliau turut mengakui bahawa MCA dan DAP mempunyai sejarah persaingan politik, namun menekankan bahawa keutamaan hari ini adalah memelihara keharmonian kaum serta menjamin masa depan negara.

“Politik lama yang dipenuhi pertengkaran tidak membawa faedah kepada rakyat. Politik baharu harus matang, dengan kesediaan untuk bekerjasama walaupun berlainan pandangan,” katanya.

Nurulhidayah turut memberi amaran bahawa terdapat usaha tertentu yang cuba menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16, sambil mengajak semua pihak agar tidak terjebak dalam permainan politik sempit.

Beliau turut memohon maaf secara terbuka sekiranya kenyataan atau pandangannya menyinggung mana-mana pihak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat