KJ Umum 2 Juta Dos Seminggu Vaksin Pfizer Tiba Julai

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekalan Pfizer-BioNTech yang selanjutnya membabitkan hingga dua juta dos seminggu, dijadualkan tiba di Malaysia pada Julai depan bagi membantu mempercepatkan usaha vaksinasi melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Menteri Penyelaras program imunisasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata sebanyak 559,000 dos AstraZeneca menerusi perolehan pelan peruntukan vaksin Covid-19 global, COVAX pula dijangka tiba pada hari ini untuk diagihkan kepada penerima berdasarkan konsep sukarela.

Selain itu, beliau berkata, jumlah dos sama vaksin terbabit dijadualkan tiba di Malaysia dalam tempoh beberapa hari akan datang, disusuli 600,000 dos lagi pada bulan depan.

“Vaksin AstraZeneca akan sentiasa dihantar kepada kita. Namun, bekalan paling besar ialah Pfizer membabitkan dua juta dos seminggu pada Julai depan, sekali gus akan banyak membantu mempercepatkan vaksinasi,” katanya pada program Selamat Pagi Malaysia, hari ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat